Dilemma
Semasa di Jakarta aku bertemu ramai teman-teman lama semasa sama-sama di New York dulu. Seronok melihat wajah-wajah yang dikenali. Lebih-lebih lagi bila di perantauan. Semuanya aku sapa mesra. Kami mula mengimbau cerita lama.
Tapi antara teman yang aku berbicara begitu lama adalah Penn. Kami berbincang kenalan yang kami kenali. Si Penn ni masa di NY akrab sekali dengan kenalan kami ini. Tapi dia bagitahu aku kali terakhir mereka ketemu sudah tidak semesra dahulu. "Entah apa sebabnya" kata Penn cuba meluahkan apa yang sudah lama terbuku dalam benaknya. "Mungkin sebab aku menegur perangai dia". Lalu, Penn bertanya padaku"Betulkah apa yang aku lakukan?".
Aku berfikir memang "concerned" betul si Penn ni akan kenalan kami itu. Dia seperti merasa bersalah akibat teguran dia itu sehingga menjejaskan persahabatan yang dulunya seperti kuku dan isi.
"Kenapa tidak aku biarkan sahaja dan membisu. Mengapa aku harus teguri dia?" Penn mahukan kepastian dariku. Ingin tenangkan dia, aku katakan apa yang dia lakukan adalah betul. Sebagai kawan rapat mengapa dia tidak berhak menegur.
Penn memberikan senyuman tapi dari riak mukanya aku masih dapat membaca dia masih merasa kesal dengan tindakannya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home