Thursday, January 13, 2005

Pelita

Petang tadi aku dikunjungi oleh tiga rakan sekerja yang lebih muda dari aku. Dua daripada mereka baru sahaja mula bertugas mulai 3 Januari yang lalu. Mereka nampak takut-takut dengan aku. Mungkin kerana jawatan ku ...

Aku interbiu mereka ini. Soalan demi soalan aku ajukan. Bila kamu lapor diri? Apa latarbelakang kamu? Pernah bekerja sebelum ini?? Macam cerita Gerak Khas pulak.

Lepas menjawab aku tengok mereka diam sahaja. Gusar nampaknya. Aku fikir elok jugak aku beri beberapa tips bagaimana mahu jadi pekerja yang baik. Tanpa segan silu aku nasihati mereka. Mereka mendengar dan aku nampak mereka ada mencatit sesuatu dalam buku nota mereka.

Aku teringat akan bekas bos aku dulu semasa aku mula bekerja. Nasihatnya masih aku pakai sehingga sekarang. Bila terfikir balik aku congak-congak tak banyak nasihat yang diberikan oleh senior-senior aku masa aku baru mula bertugas. Terkapai-kapai jugak aku masa tu.

Nasihat paling selalu aku dengar ialah baca Fail!! Alangkah baiknya kalau fail-fail tu boleh berkata-kata ...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home