Friday, January 14, 2005

Mimpi

Semalam ku bermimpi akan Arwah bapaku. Tak ku ingat ceritanya. Cuma yang aku ingat beliau ada disampingku bersama orang lain yang tak ku kenali. Mungkin juga sbb aku terjaga dari lenaku.

Aku terfikir apa maksudnya. Mungkin sbb aku tidak mengingatinya lagi?? Atau ianya petanda sesuatu. Paginya terus ku telefon ibu ku bertanya khabar. Baru semalam aku berbicara dengan dia. Dia tanya kenapa aku bertanya akan kesihatannya. Lalu ku ceritakan. Nasihat ibuku, bacalah apa-apa untuk Arwah. Aku beritahu ibuku itu aku lakukan setiap kali lepas solat fardhu. Aku hadiahkan Al-Fatihah untuknya.

Mungkin tidak cukup. Kebetulan pula semalam ialah malam Jumaat.

3 Comments:

Blogger Ayah said...

Pada aku mimpi hanya mainan kognitif mental kita semasa kita tidur. Tetapi interpretasinya yang penting. Kita menafsirnya berdasar kepada pengalaman dan cara berfikir sahaja. Dan kita suka menafsir kepada yang membawa kebaikan, selalunya.

Aku pernah bermimpi akan Arwah Ibuku yang datang kesisi dengan senyum manis. Berbagai interpretasi bermain dikepala. Ibu ku gembira di mana dia berada. Ibuku( mungkin mental aku sendiri) cuba mengingat kepada aku akan diri Ibu. Ibuku mengingat aku supaya menjenguk Ayah yang keseorangan. Ibu mengingat aku supaya menjadi orang tua yang baik sebagaimana dia. dsb...

Aku memilih interpretasi yang aku suka. Ada juga interpretasi lain seperti Ibuku mengajak aku ikut dia. Aku tolak interpretasi ini.

4:38 AM  
Blogger skalo said...

Dunia kita ini ada realitinya ada yang mistiknya. Org kita benda halus ataupun juga permainan spiritual. Bagi aku mimpi dua-duanya sekali. Kekadang hanya lebihan apa yang kita alami di siang hari sehingga terbawa ke dalam tidur kita. Terkadang ia membawa maksud sesuatu macam bayangan. Tapi apapun kita jangan lari dari ketentuan Tuhan.

Malam tadi lena tak diulit mimpi. Mungkin juga mimpi tapi tak sempat masuk fasa REM!

5:30 AM  
Blogger maklijah said...

Mak Lijah sering bermimpi yang membawa pesan atau menggambarkan situasi Mak Lijah ketika itu. Pernah sekali Mak Lijah berasa kecewa mengenai sesuatu, dan selang beberapa hari kemudian, Mak Lijah bermimpi terlepas kapalterbang dan kapalterbang tersebut terhempas. Dua minggu kemudian, Mak Lijah mendapat satu berita baik dan Mak Lijah teringat kembali mimpi itu. Rupanya mimpi itu memberitahu bahawa walaupun kita tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan pada ketika itu, sebenarnya ada sesuatu yang lain yang lebih baik menanti kita.

2:58 PM  

Post a Comment

<< Home