Sunday, January 16, 2005

Buku dan kulit

Pertama kali ku menjejak kaki ke Amerika Syarikat adalah 15 tahun yang lalu 28 Disember 1989. Kami beramai-ramai naik penerbangan Malaysia menuju LA. Satu kota yg tidak asing bagiku setelah banyak menonton produksi-produksi dari Hollywood. Sampai di LA aku bersama teman-teman yang lain ditempatkan di satu hotel. Besoknya penerbangan aku ke Tucson, Arizona - satu tempat yang aku tak kenali. Cuma aku tahu ianya padang pasir. Gelak jugak hati kecil ku. Org pergi US tempat yang ada snow aku ke padang pasir mcm pergi negara Arab shj.

Setibanya di lapangan terbang Tucson. Aku disambut oleh pelajar2 senior. Semuanya rockers rambut panjang ke bahu. Seluar jeans koyak sana sini. Sekali pandang Brutal habis. Tapi kami menurut shj naik kereta di bawa pergi .. Kalau kena jual pun kena juallah masa tu. Tapi tawakal je la.

Senior yg bawak aku ni dipanggil Bob dan Khir. Aku tumpang rumah mereka. Ptg nanti kami bawa ke Universiti utk pendaftaran kata mereka lagi. Kami tidur sekejap .. bangun je depa ni bagi makan dan terus ke Universiti.

Besar jugak U aku ni ... semua bangunan bata coklat tu sekolah kita kata Bob. Ditunjuknya Student Union, Library dan stadium. Lepas register kami pergi Mall beli baju sejuk dgn sleeping bag.

Mlm tu tido rmh Bob dgn Khir. Rumah dia kotak je cukup sempoi. Stail kaum pribumi Amerika di situ. Satu bilik dgn bilik mandi, dapur. Letaknya di East 7th Street. Hanya 10 minit jln kaki ke U. Khir cakap rumah sebelah kosong kalau korang nak sewa .. Besok nanti kita pegi Valley Bank bukak akaun.

Baik sungguh depa duaorg kata ku sungguhpun nampak brutal je ... Semua benda diorg tunjuk ajarkan. Kalau tak de mereka ni susah jugak. Org tua ada jugak kata jgn tengok buku hanya pada kulitnya ... Betullah kata-kata ni ... Bob dan Khir sampai aku grad jadi kawan baik ku. Terima kasih korang berdua.

5 Comments:

Blogger Ayah said...

Aku dulu tiba di US tahun 1988. Memang through LA tetapi aku kena transit di O'hara Chicago, besarnya epot. Last-last sampai kampong punya epot, aku ingat lagi namanya Philip Olin Parmalee Airport.

Memang ada senior tunggu, sampai kami selesai. Aku sampai US dengan kawan-kawan termasuk seorang gadis yang kemudian jadi kekasih dan seterusnya Isteri ... dan Ibu ... itu je yang aku ingat sangat...lain tak sebab aku banyak muntah...

3:47 AM  
Blogger maklijah said...

Ayah, salah letak komen. Ini untuk mimpi daaa....

2:51 PM  
Blogger maklijah said...

Sorry Ayah, betul tempat komen itu.

Mak Lijah tidak pernah belajar obersi, tak pernah menyentuh kedinginan salji dan tak pernah dibantu senior sebaik itu.

2:59 PM  
Blogger Pnut said...

Ermm my x-bf dolu-dolu...
mat rock study kat indiana,
rambut panjang, degil dan sangat kasar....
or sebenarnya tak reti tunjuk cintan-cintun
lama-lama break off sbb i tak dpt follow 'rentak'
asyik makan hati jer, mana tahan....
he..he..anyway tu kisah silam..but sweet to remember kan?

7:14 AM  
Blogger skalo said...

Tak semua mat rock mcm tu. Ramai jugak yg cintan cintun. Tengok lagu-lagu rock kat Malaya ni berlambak lagu-lagu yg begitu. Kat US pun sama, contohnya Guns and Roses dgn lagu "November Rain". Mungkin, mamat tu je yg mcm tu tapi mungkin juga dia dah berubah ...

11:44 AM  

Post a Comment

<< Home