Thursday, January 20, 2005

Dendang Perantau

Raya haji kali ni aku tak balik kampung sbb esok malam kena berangkat ke Paris. Ni la pertama kali aku tak dapat beraya di kampung sepanjang aku di Malaya. Masa kat luar negeri tu lain cerita la. Walau apa pun, apa nak buat dah tugas.
Aku ingat masa aku raya kat Arizona dulu, Raya Puasa. Sedih juga tapi tak de la hiba sangat. Mungkin sbb terpaksa mencari ilmu kan. Kalaulah ianya berlaku di tanahair musti sedih. Tapi member2 ada so ok la jugak. Pagi-pagi kitaorg dah ready nak gi sembahyang raya.
Kita pegi satu park ni di mana org Islam kat area Tucson ni berkumpul utk sembahyang la. Sejuk juga sbb masa tu musim sejuk tapi kat Tucson takde la sampai snow turun.
Dah ready nak sedih-sedih tiba terdengar takbir ala Pak Arab berkumandang. Tak jadi sedih kami dibuatnya. Kami tahan ketawa sbb bunyinya kelakar habis tak mendayu-dayu mcm kat kampung. Nak aja aku grab mikrofon tu dan "take over".
Habis je solat balik rumah tengok TV dan makan cookies "Chips Ahoy" ganti biskut raya. Manalah biskut raya mak aku kirim ni tak sampai-sampai. Sate pun tak de ..
Nasib baik petang sikit ada abang senior yg dah berkeluarga jemput makan. Adalah rasa nasi himpit dengan kuah sate sikit. Terubatlah juga kempunan tadi.
Tu cerita Raya Puasa. Raya Haji sampai terlupa. Nasib baik kawan cakap. Maklumlah Raya Puasa kita berpuasa so tahula bila nak raya ... Raya Haji alih-alih dah raya.
Takde la kami korban dapat daging korban adalah. Best gak makan daging kambing bakar.


2 Comments:

Blogger Ayah said...

Raya haji.... aku belum naik haji lagi la...haji lonjong celebrate tak agaknya?

6:33 PM  
Blogger skalo said...

Haji belum buat lagi tapi umrah dah pernah bulan April tahun lalu. Masa di Madinah hari terakhir aku di sana semasa melangkahkan kakiku meninggalkan Masjid Nabawi lepas solat Subuh tiba-tiba terasa sebak jugak.

Kat Mekah tak terasa sangat. Aku terfikir jugak kurangkah penghayatan aku sampai tak rasa apa-apa??

Apapun aku bersyukur kerana hajatku untuk buat umrah sampai jugak .. InsyaAllah sampai masanya aku akan menunaikan rukun kelima nanti.

6:21 AM  

Post a Comment

<< Home