Tuesday, January 25, 2005

Parle vous Francais??

Baru balik dari negeri kelahiran Napoleon. Aku di sana selama 2 hari 1 malam. Ini merupakan kali kedua aku sampai ke kota Paris yang terkenal dgn Eifel Tower.

Bagi aku Paris ni mmg mengambarkan sebuah kota negara Eropah. Tapi aku tak dapat merasakan perasaan romantik spt digembar-gemburkan dalam filem2 Hollywood. Namun ianya mmg menakjubkan sebuah kota yg mempunyai karakternya tersendiri dgn bentuk seni bina bangunan-bangunannya yang sama. Sungguhpun bangunan lama ataupun yg baru.

Aku fikir ini yg kita kurang di Malaysia. Bangunan berciri lama sedikit demi sedikit ditelan arus pemodenan negara. Sayang mungkin dengan tertubuhnya Kementerian Warisan dan Budaya, kita akan lebih menyayangi warisan tinggalan nenek moyang kita.

Aku juga diberitahu skrg ni orang Perancis dah mula terbuka utk berbicara dalam Bahasa Inggeris. Antara sbbnya ialah kehendak ekonomi dan juga impak sosial penyatuan negara-negara Eropah. Yg aku tahu Bahasa Inggeris ni penting terutamanya di era skrg ni pergi mana2 pun ianya adalah bahasa utama dunia.

Tapi barang2 dia mak ai ... mahalnya berEuro-Euro!!!

3 Comments:

Blogger Ayah said...

Negara Napoleon tu cantik dan penuh sejarah. Aku tak pernah sampai tapi menurut kawan aku, dan dari kau pulak kali..memang cantik.

Aku rasa negara ini adalah salah satu negara utama didunia dan sepatutnya setanding dengan Amerika tetapi kenapa mereka seperti tidak berdaya sahaja kalau dalam arena antarabangsa..entahla..but mind you, kalau mengikut sejarah, keseluruhan benua tu mungkin jadi negara Napoleon ikut angkara Napoleon jugak...

4:03 AM  
Blogger maklijah said...

Kali terakhir Mak Lijah menjejakkan kaki ke kota Paris ialah pada tahun 2001. Dalam banyak-banyak kota Eropah yang Mak Lijah pernah kunjungi, Paris tetap di hati jua. Pun begitu, harga sebiji telur rebus adalah RM18, croissant RM15, secawan cafe latte yang sungguh lazat RM14. Itu baru sarapan pagi sahaja. Mana cukup elaun harian RM120 di kota Paris itu?

Mak Lijah rasa Perachis akan bisa setanding dengan Amerika jika rakyatnya rela meninggalkan sebahagian sejarah lalu dan melangkah dua kali ganda ke hadapan dalam kelajuan yang lebih tinggi.

3:31 PM  
Blogger skalo said...

Perancis memang sebuah negara yang gagah. Malah Amerika mendapat kebebasan dari British pun dek kerana pertolongan Perancis. Tapi ini bagi orang Amerika sudah dibayar selepas Amerika berjaya menghalau keluar tentera Nazi dari bumi negara croissant ini.

Namun untuk Perancis gagah seperti sediakala agak susah sedikit. Apa yg Perancis boleh buat ialah berpakat dengan Jerman di dalam EU untuk mengimbangi kekuasaan Amerika. Tapi ini bukan senang kerana adanya Tony BLIAR. Jerman dan Perancis jugak terikat dengan perjanjian pakatan NATO.

Bagaimanapun, aku percaya suatu hari nanti Amerika tidak akan terus angkuh seperti sekarang ini ...

8:48 PM  

Post a Comment

<< Home