Tuesday, January 25, 2005

Airport

Seronok perasaan ku bila mendarat di KLIA. Bangunannya cantik dan landasannya aku rasa cukup panjang untuk membolehkan semua kapten pesawat boleh mendarat mcm bawak kereta aja.

Sepanjang pengalaman aku naik kapalterbang ni, pendaratan MAS adalah antara yang terbaiklah. Cara mendaratnya bagus dan lancar cukup utk membuat para penumpang berasa selamat. Kalau sistem penerbangan lain tu risau jugaklah kita dibuatnya.

Berbalik kepada KLIA tadi, ianya satu airport yang tercanggih di dunialah cumanya kalau dibanding dgn Charles De Gaulle dan London Heathrow termasuk Changi, kurang nampak kesibukkannya. Tapi, aku ada teringat terbaca artikel mengatakan bilangan penumpang di KLIA meningkat tahun lepas. Syabas!! Tapi kita tak tahu bagaimana dengan bilangan penumpang di Lapangan-lapangan terbang yang lain di rantau ini??

Kita kena tahu ini supaya KLIA dpt bersaing kalau tak setanding LHR atau CDG pun, kita dpt tambah lagi kesibukkannya. Bagi pelawat2 ini satu ukuran mata kasar mereka berapa dinamiknya negara kita.

Tapi KLIA mendapat banyak pujian dari rakan-rakan aku di NY masa selepas mereka dtg untuk Sidang Kemuncak NAM dahulu. Rasa tinggi satu inci aku bila dgr pujian mereka. Cantik kata mereka mcm kat negara maju. Ni nak kena "maintain" ni dan ditingkatkan lagi supaya semua kita terus berasa bangga .....

Bila nak naik A380 ni ....


2 Comments:

Blogger Ayah said...

KLIA memang cantik, tapi ... mahal...

Sungguhpun demikian anak-anak aku suka pergi KLIA untuk main kapalterbang dekat depan KFC tu...

Pada pandangan aku, ada satu kelemahan KLIA iaitu aspek keselamatan... kes sabotaj, orang keluar masuk dengan senang lenang ...pada pengamatan aku yang kadang kadang lalu kat situ....

4:07 AM  
Blogger skalo said...

Ada satu kafe dia punya teh tarik best tapi harga dia mahal la. Tapi bagi aku worth it.

8:53 PM  

Post a Comment

<< Home