Bas Jumbo
Aku ingat masa aku kecik dulu masa nak ke KL rasa seronok sakan. Mana taknya, aku akan naik bas jumbo Mara berhawa dingin ke sana. Selain dilengkapi TV berwarna dan kain selimut, syarikat bas juga ada beri air kotak sejuk dan kuih serta tisu sejuk. Perjalanan selama 12 jam aku rasa sekejap saja. Masa tu lagu Quinnary M tengah popular dengan penyanyinya, Mazuin. Apa dah jenama bas tu ... lupa pulak!
Masa kat stesen bas tu rasa bangga saja tengok bas ekspres lain yang hanya disejukkan dengan membuka tingkap saja. Kita siap beku dalam bas. Macam mat salleh pulak kena pakai baju tebal ... masa ni nak tayang jaket Members Only abang aku beli dari Korea.
Kini bas ekspres berhawa dingin dah biasa di Malaysia ni. Malah ada yang 2 tingkat. Ada juga yang seatnya satu sahaja tak macam bas dulu berdua. Tapi ada kelebihan juga kalau ada awek dok sebelah. Jangan awek yang dah senja dah la. Masa tu terus pasang walkman dan tidur dengan cepatnya.
Bila dah start kerja tu balik kampung kenalah naik MAS. Dulu-dulu tak mampu nak naik. Tiket dia mahal. Cuma skeadar tengok je la kapalterbang kat airport terutamanya masa hantar sedara pegi Mekah.
Tapi bila dah lama tu rasanya nak juga sekali sekala merasa naik bas ekspres. Kini masa pulak tak ada dek sebab sibuk dengan tugasan harian. Bosan pulak rasanya .... Alangkah bagus kalau kerja dapat naik bas pergi balik kampung je ..

4 Comments:
me too...selalu ingat nak balik kampung naik bas ekpress tapi tak kesampaian. masih ingat kita beramai-ramai naik bas ekspres balik kb, breakfast kat gerai...dari destinasi mana? dah lupa la.
Ada ke kita balik KB naik bas ekspres ramai-ramai?? Tak ingat I.
I pun tak ingat. Tapi kali terakhir ku naik bas ekspres adalah bas eksekutif mara ke Penang. Siap ada pramugari yang ingat nama kita.
Aku dulu sering naik bas pergi balik JB-KL, dah tu KL-Shah Alam. Aku kalau naik Transnasional atau dulu Ekspres Nasional. Tapi bas dia sejuk gila, hidung aku tak tahan, tu yang semua orang nak terkencing aja.
Naik bas ni aku suka tido. Walaupun ada awek cun sebelah. Masa tu aku suka membaca buku aja dan tido. Bila dah kawin aku ulang alink JB-KL naik keta bini. La ni aku yang bawak.
Kerap jugak naik k'terbang tapi rasanya sama aja tempoh nak sampai ke JB. Kul 530 bangun siap nak pi epot kul 8 tolak naik plane. Sampai rumah JB kul 10. Kurang lebih ambik masa 4 jam. Sama je.
Sungguhpun demikian, aku sangat terhutang budi kepada bas. Semua bas ekspres. Bas Tong Foong je aku fobia.
Post a Comment
<< Home