Suriyothai
Petang tadi aku menonton buat kali kedua cerita "Legend of Suriyothai". Sangat menarik bagiku jalan ceritanya. Kisah seorang permaisuri Siam yang terkorban dalam medan peperangan ketika cuba menyelamatkan suaminya iaitu Raja Ayuthia pada masa itu. Macam lirik lagu "Serikandi Cintaku" nyanyian Bloodshed pulak. Akibatnya, tentera Siam bersemangat terus untuk melawan bala tentera dari Burma (sekarang Myanmar). Dipendekkan cerita sebulan lepas kemangkatan Suriyothai ni tentera Burma yang menyerang telah kehabisan bekalan dan balik tanpa dapat menjajah bumi Siam.
Kawan Siam aku cakap ni cerita benar. Kalau Ayuthia jatuh mungkin sempadan Burma sampai ke Kedah, Perak, Perlis dan Kelantan. Aku fikir akibat serangan bertalu-talu dari Burma ni yang menyebabkan Kerajaan Siam bersatu dan menjadi satu empayar yang kuat selepas itu sehingga berjaya menakluki Kerajaan Kesultanan Melayu yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Thailand.
Kawan aku dari Siam tu juga mengatakan kalau bukan sebab Malaysia sudah tentu ASEAN tanpa Myanmar sekarang. Aku balas balik kalau Myanmar tak masuk ASEAN mungkin Thailand dengan Myanmar berkonflik sekarang.
Balik kepada cerita Suriyothai ni, tak pula aku tahu apa yang terjadi kepada Rajanya selepas kematian isteri. Mungkin dia kahwin lain ataupun terus membujang kerana malu diselamatkan bini apabila nyawa dihujung senjata musuh. Sebab kalau ikut cerita tu kawan tengah lari dengan menunggang gajah dia masa tu sebelum isteri dia masuk campur. Kalau aku pada masa tu apa akan aku buat ya .. Cabut juga ke ???

3 Comments:
Myanmar harus dikeluarkan dari ASEAN kerna ia "mengganggu".
Dingin malam
Tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikanmu penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah kuterima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Kusemaikan pepohon kemboja
Dan bunganya adalah hatiku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi
Srikandi cintaku....
Dalam sejarah Melayu ada juga srikandi wanita yang mempertahan negara dan tanah air. Tapi takda masa nakresearch secara mendalam..
Buat masa ini sapa faham tentang gnostic gospel, the sacred feminine dan mary magdalene?
Post a Comment
<< Home