Saturday, April 02, 2005

Majulah Sukan untuk negara

Jogging bagi aku satu perkara yang berat.

Susah nak paksa melakukannya. Aktiviti individu sebegini memerlukan disiplin yang tinggi. Tapi dalam keadaan sekarang ni nak main game mcm bola, basketball dan volleyball dah agak susah dek kesibukan tugas. Boring betul!

Tapi bagi setengah orang senang je nak berjogging. Masa kat NY dulu, boleh dikatakan ramai jugak New Yorkers ni berjogging. Kat tepi East River. Tepi jalan atas pavement, di Central Park atau mana-mana parklah. Ada tolak prem dengan anak, ada dengan kawan dan ada dengan anjing. Dalam salji pun ada yang jogging. Kebanyakkan apartment pulak ada trek jogging dan gym.

Masa kat kolej dulu bila balik kampung aku ada pegi jogging sekali. Baru dalam 200 meter ada makcik ni tegur aku "Lari sorang-soarng ni kejar apa??". Terus aku pusing balik ke rumah. Patah semangat aku. Spoil betul!!

Aku sebenarnya lebih suka game yang berkumpulan dan ada physical contact sikit. Baru syok! Masa kat NY dulu aku selalu main basketball dan bola pada hari minggu.

Kebelakangan ni ok lah jugak dapat main badminton dengan kawan seangkatan. Berpeluhlah jugak.

Aku tahu ramai orang suka jogging. Tapi SUKA ada makna tu ...

Apapun majulah sukan untuk negara.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Bagusla kau pandai main badminton, boleh keluar peluh.. jogging tu untuk menyihatkan badan aja disamping keluarkan peluh...tak ada MAKNA lain dahhhhhhhh... dah tua

5:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mak Lijah hanya jumpa Paula Abdul dan Jane Fonda jer untuk keluarkan peluh.

2:10 PM  
Blogger skalo said...

mak lijah: depan TV mana aci.

Aku ingat gak masa kat Tucson dulu pegi gym. Tengok minah saleh sebelah pun angkat besi lagi berat pada aku. Ceh!! Aku cabut pegi main basketball je ...

7:12 PM  

Post a Comment

<< Home