Saturday, March 12, 2005

Gap

Kebelakangan ini kita ada terbaca di dada akhbar kita akan isu pertikaian di antara Malaysia dengan Indonesia, rakan seASEAN dan dianggap serumpun. Ianya menjadi lebih gempar apabila terbaca kapal angkatan laut kita dengan Indonesia seakan berdepan dalam suasana yang agak genting.

Lebih kaget lagi apabila kita cuba mengikuti cerita-cerita di koran Indonesia. Kita terbaca perkataan Ganyang Malaysia yang mana membawa makna yang pahit dalam sejarah kedua negara.

Namun, reaksi dari pemimpin dan rakyat Malaysia nampaknya seakan tiada yang serius cuma seakan adanya perselisihan di antara dua saudara sahaja.

Begitula bezanya paparan di media kedua negara. Aku dapati dari apa yang dibaca dan apa yang realitinya di Jakarta, boleh dikatakan ikatan persahabatan antara kedua negara agak kukuh. Rata-rata rakyat Indonesia tidak mempunyai perasaan ingin bermusuhan dengan saudara di Malaysia. Cuma sekelompok penunjuk perasaan yang berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan inti beberapa media Indonesia yang seakan mahu kedua jiran ini bergaduh besar antara satu sama lain yang mana akhirnya akan memudaratkan kedua negara, rantau ini dan juga kestabilan dunia. Kedua negara merupakan negara pesisir Selat Melaka di mana ratusan mungkin ribuan kapal-kapal melewati selat yang tersibuk di dunia.

Sudah tentu seluruh dunia memerhatikan perkembangan ini dengan teliti. Namun nyata, pendekatan yang diambil oleh kedua negara adalah sungguh rasional melalui pendekatan diplomatik.

Tetapi masih ada persoalan yang ditanya ramai rakyat Malaysia mahupun rakyat jiran seASEAN yang lain bagaimana boleh jadi sebegini ketegangannya .....

Tapi yang pentingnya suasananya sudah reda dan keadaan sudah menuju seperti sedia kala.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

waduh sulit ini perkara Pak...gimana ya...kalo perang aja ngak bagus apa pak?

4:28 PM  
Blogger skalo said...

mana bisa pak kita sesama ASEAN ada Triti apa itu yg dipanggil TAC itu (Amity and Cooperation). waduh kalo perang mahu hancur ASEAN .. kok gi mana mahu jadi East Asia Community ...

5:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

The Javanese regard themselves as culturally more sophisticated and therefore superior to the Malays – the dominant ethnic and political group in Malaysia. Contained and within such a proprietary superior attitude are the makings of perceptional problems between the two countries. - N. Ganesan, Bilateral Tensions in Post-Cold War ASEAN, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore, 1999, pg. 27

7:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

Negara Singa yang kuat berPura-pura memang ingin meningkatkan tension antara kedua negara jiran yang serumpun. Kalo keduanya bersekutu atau kalo Melayu Raya dulu menjadi, waduh... sulit sulit bagi semua industri negara barat mau lewat perairan tersibuk itu... waduh...

Aku percaya dulu, atuk dan nenek aku telah coba sekurang-kurangnya semenanjung bercampur dengan sumatera, wah kayak perkasa kita jadiknya...

Inggeris dan Belanda ngak mau semua ini.. mereka usaha supaya terpisah. dan sahihnya kekhuatiran mereka menyata dengan munculnya komunisme di indonesia... maka Malaysia pun digagas sebagai lawan komunisme indon.. bukan sebab lain, memang betul malaysia itu ciptaan imperialis, satu benteng menentang komunisme... tapi pilihan itu benar dan tepat...

3:40 AM  

Post a Comment

<< Home