Islamabad
Aku akhirnya menjejak kakiku ke destinasi yang dituju setelah lebih 15 jam dalam kapalterbang. Bandar Islamabad adalah sebuah bandar yang dibina dengan ilham seperti Putrajaya. Cumanya ianya dibina lebih dari 15 tahun yang lalu. Mengikut kata seseorang yang pernah bekerja di sana dahulu, tak banyak yang berubah.
Apa yang aku lihat jelas ialah jurang kekayaan nampaknya terpancar jelas apabila kenderaan yang aku naiki menjalar keluar sedikit dari had ibukota Pakistan ini.
Tapi yang anehnya mahligai besar semuanya berada di lembah manakala teratak kecil dibina di atas bukit-bukau yg mengelilingi kota ini. Tidak seperti di Malaysia di mana orang berada berebut mahu mendiami di atas bukit.
Di Islamabad ini hanya ada 2 hotel bertaraf lima bintang. Ini sudah menunjukkan bahawa kekuatan ekonominya agak terbatas. Malah mengikut statistik, setiap seorang dari 3 penduduknya tidak bekerja. Tapi pendapatan per kapita ialah sekitar USD2000/.
Tapi kekuatan Pakistan bagi aku ialah dari segi teknologi watan. Mereka boleh membuat senjata dan kelengkapan sendiri. Kalau ekonomi mereka kuat sudah tentu akan menjadi sebuah kuasa besar di rantau ini. Sudahlah tanpa ekonomi yang mantap mereka sudah berpengaruh.
Aku juga kagum dengan adat istiadat kententeraan mereka. Pakaian istiadat tentera Pakistan sungguh cantik dan mengkagumkan aku. Pengawal Istana Presiden dengan serban berdiri seperti balung ayam dengan baju merah sambil memegang tombak segak dan gagah nampaknya. Aku kira tradisi kententeraan kita dengan mereka seakan sama tapi tidak se'elaborate' mereka. Maklumlah, kita juga pernah dijajah British.
Kalaulah mereka ni bersatu tanpa memikirkan samada mereka ni Punjabi, Pathan ke ataupun Baloch serta tidak mengira samada Sunni atau Syiah, sudah tentu mereka akan kuat. Sayang tapi mungkin ada hikmahnya.
Satu lagi kalau mereka ni dulu tidak berpecah dan menjadi 3 dalam satu (India, Bangladesh dan Pakistan), sudah tentu ianya sebuah kuasa besar di dunia menyaingi China, Amerika dan Eropah!

1 Comments:
Aku seronok membaca perjalanan karavan. Banyak pengetahuan tentang negara asing yang aku dapat... surely beats duduk bersembang kat kedai kopi ....
Post a Comment
<< Home