Semalam ku bermimpi
Semalam ku bermimpi di awangan ketinggian 10 ribu kaki. Nyenyak aku tidur tapi terjaga setelah terkejut dengan ledakan bom yang mengorbankan beberapa perajurit negara akibat tindakan seorang manusia yang meletupkan dirinya dengan lilitan bom di badannya.
Aku terjaga dan berfikir kenapa aku sampai termimpi sebegini? Sebelum terbang pulang ke tanahair aku dijemput makan malam di sebuah rumah di Riyadh, ibukota Arab Saudi. Dalam perjalanan ke rumah itu, kami melalui beberapa sekatan jalanraya yang dikawal oleh anggota keselamatan Arab Saudi. Ku lihat tersandang rifel automatik HK di dada polis Arab itu. Kawannya sedang menjenguk dari kereta perisai sambil mesigan tersedia menghala untuk merobek musuh yang bakal mendatang.
Terasa seperti berada di dalam kawasan perang. Di mana sahaja kawasan strategik kawalan keselamatan sungguh ketat. Tidak terasa bebas seperti di tanahair sendiri. Mungkin ini yang menyebabkan minda separa sedar aku berputar ligat menayangkan cerita ala-ala Hollywood.
Di meja makan aku bertanya kepada seorang Mat Salleh yang bekerja dengan British Aerospace tentang bagaimana kehidupan beliau di bumi Arab ini. Beliau beritahu aku keluarganya tinggal di satu kawasan apartmen yang dikawal rapi siap dengan satu bilik kebal ditingkat atas sekali sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Seorang kawannya dibunuh di luar kawasan perumahan beliau. Namun, kejadian-kejadian sebegini tidak banyak dan berlaku setiap hari.
Walaupun begitu, ianya sudah cukup membuatku rasa sungguh tidak tenteram kehidupan sebegini. Rimas dan menyusahkan. Bagai di penjara besar tidak bebas.
Betapa bertuah kita di Malaysia. Hidup harmoni dan aman.
Ku harap igauan ngeri aku malam tadi tidak akan menjadi kenyataan di tanah bertuah ini.

2 Comments:
Jangan kau bermimpi lagi perkara-perkara cam tu... marilah kita berusaha supaya ianya tidak akan menjadi kenyataan walaus edikitpon...
insyallah...
kau tahu mimpi so real. Lepas jaga aku tido balik cerita dia boleh sambung lagi .. spooky man. Not easy to stop ...
Post a Comment
<< Home