Sunday, February 06, 2005

Perubahan

Kali pertama ku menjejak kaki ke negara tembok besar ialah pada tahun 1996. Seronok jugak sbb selalunya asyik baca dalam akhbar atau lihat dlm TV sahaja pemandangan di kota Beijing.

Kami tinggal di sebuah hotel bernama Zhaolong apa makna dia aku pun tak tahu. Hotelnya biasa shj bagi aku 3 atau 4 bintang sahaja. Di luar jalan penuh dgn basikal dan tricycle. Aku ingat kalau nak melintas silap-silap boleh kena langgar dengan mereka ni. Tapi cerita pasal negara China ni makan punyalah susah. Nak cari yang halal agak payah kecuali kalau tahu tempatnyalah. Nasib baik abg berahim ada.

Sebenarnya rakyat China yg beragama Islam ni lagi ramai pada Malaysia. Kebanyakkannya dari wilayah Xinjiang berbangsa Uygur atau Kazakh tapi bangsa Han pun ada jugak.

Sempat jugak aku solat Jumaat di Masjid Niujie. Usiannya seribu tahun masa tu. Rasa aman dan tenteram sembahyang dlm masjid tu. Rupa dia kalau sekali lihat mcm tokong biasa sahaja dengan ukiran warna merah, biru dan hijau. Tapi kalau diperhatikan betul-betul baru nampak ukiran ayat-ayat Al-Quran diukir disisip angin dan tiang masjid itu. Sedikit pengajaran bagi aku bahawa jangan cepat percaya pada pandangan pertama.

Masa solat Jumaat kami tak bawak pulak kopiah atau songkok tapi ada disediakan di situ. Kalau tak pakai petugas masjid tu jeling semacam je, tak macam kat Malaysia tak pakai kopiah pun takpa.

Satu lagi masa tu kira sejuk jugaklah jadi bila masuk ruang solat ada tikar jerami dan mcm seakan tilam kecil putih disusun berbaris-berbaris. Kalau kat Malaysia mcm kain putih tempat kita sujud tu la. Lalu aku pun solat sunat masuk masjid dan sujud atas tilam putih tu. Tapi lepas tu aku perasan makmun bangsa China semua tak sujud atas tu tapi duduk atasnya. Baru aku perasan itu utk lapik punggung kita supaya masa duduk tu tak terasa sejuk sangat. Ketawa kecil aku sambil melihat teman ku di sebelah. Dia pun sengih je ....

Kali kedua aku ke China pada tahun 1999. Aku lawati 3 buah bandar iaitu Beijing, Shanghai dan Guangzhou. Nampak banyak beza antara tiga bandar besar ini. Beijing nampak sungguh luas, masih berjerubu mcm 3 tahun dahulu dan ramainya manusia. Shanghai pula ada dua karakter. Bandar lamanya seperti dlm cerita2 Hong Kong penuh dgn bangunan-bangunan lama peninggalan kolonial setengahnya sebijik macam kat Malaysia. Bangunan Std Chartered pun ada. Yang belah area Pudong pulak fulamak mcm negara lain pulak. Sungguh moden dan penuh dgn bangunan-bangunan pencakar langit. Jalan rayanya pun bersimpang siur mcm KL tapi lagi panjang dan luaslah. Guangzhou pulak lebih kurang mcm HK lagipun orgnya cakap kantonis jugak. Org-org kat Guangzhou dan Shanghai ni rendah sikit kalau dibandingkan dengan orang-orang di Beijing. Mereka ni tinggi-tinggi dan hidung dia ada sikit mancung jugak. Aku ada satu gambar dengan budak hotel masa kat Beijing. Aku tanya nak ambik gambar dia tak paham. Aku berdiri je dekat dia sambil suruh kawan tangkap. Ke mana dia skrg gamaknya.

Paling terbaru aku lawati negara China ialah pada tahun 2004. Pegi Beijing dgn Shanghai sahaja. Beijing nampaknya makin maju. Makin banyak bangunan pencakar langit dan kereta-kereta berjenama pun dah banyak. Shanghai sudah tentu bertambah cergas. Cuma masa tu Kerajaan China dok risau pasal ekonomi dia yg dikatakan sedang mengalami masalah "bottleneck".

Tapi yg pasti nampaknya negara China ni makin maju. Aku tgk pakaian rakyat dia dah makin moden tak mcm dulu semuanya pakai baju sama kaler dan design. Skrg ni amoi-amoi dia nampak pusat pun - dah jadi mcm trend jugak. Mereka nampak lebih komersil skrg ... satu lagi mereka suka Coke tapi mereka sebut "Kealer".

3 Comments:

Blogger Ayah said...

Aku rasa aku pon singgah Beijing tahun 1996 dan pernah duduk Zhaolong tu.... memang pada pandangan aku masa tu biasa je...

minggu lepas aku singgah epot beijing, wah secanggih KLIA cumanya lebih ramai orang, dan ternampak busynya epot tu berbanding KLIA..

kendian aku pi kunming, satu lagi kota membangun dipanggil kota wisata atau kota pelancongan... maju la jugak.. lebih kurang penang kesibukan dia cuma takda sangat pencakar langit...belom kot... tapi kesibukannya dengan kereta menjalar, besikal kurang...

cumanya yang tak best sikit, kat mana pon di china aku pi, semua orang nak cakap cina ngan aku, aku mana reti...

4:43 AM  
Blogger skalo said...

aku rasa kat malaya pun ada org cakap cina dgn kau ...

6:52 AM  
Blogger Ayah said...

oooo ngutuk ye.... apa buat bawak karavan ke silamabad tu?

10:43 AM  

Post a Comment

<< Home