Multiracial
Kita selalu dengar negara kita ni dipanggil negara berbilang kaum. Malah bila ditanya kawan asing pun aku sering beritahu bahawa Malaysia memang ada berbilang bangsa. Tapi bila sampai di New York, aku dapati inilah sebuah kota metroplitan yang betul-betul berbilang kaum dan budaya. Macam-macam ada. Drebar teksi rata-rata dari Asia selatan ataupun Senegal. Yang dok jual nasi kat tepi jalan dari negara Timur Tengah. Yg kedai take away banyak dari HK atau China mainland. Kalau kedai runcit boleh jumpa Korean dan Indian. Kedai gunting rambut pulak dari bekas negara Soviet Union.
Kalau pegi Chinatown orang Malaysia dari bangsa Cina pun ada. Yang syoknya mereka ni suka berbicara dalam Bahasa Malaysia.
Cuma mungkin bezanya dengan Malaysia, kita lebih toleran dan saling faham-memahami. Mungkin sebab negara kita kecil dan dipelopori tiga kelompok etnik majoriti. Kita pula sanggup berkongsi budaya, kuasa dan ekonomi. Tapi di Amerika yang majoriti mahu yang minoriti mengikut sahaja.
Apapun secara kasar orang-orang NY lebih terbuka jika dibandingkan dengan kawasan ceruk. Ini aku rasa kelebihan berinteraksi. Lagi lama lagi faham-memahami dan kurang perbezaan. Sudah lumrah alam begitu ...
Malah kalau di KL inipun, ada budayanya yang akhirnya sedikit sebanyak merubah kita secara perlahan sungguhpun terasnya masih di mana kita dilahirkan. Ini akibat dari perkayaan budaya bukan Uranium!
Yang penting kita harus punya tahu seimbangkan semuanya agar jalannya lurus ....

6 Comments:
Tegur dulu - negara ini dipelopori oleh Bangsa Melayu. Yang dua lagi tu datang kendian. Namun sejarah moden dibangun bersama.
Aku setuju bahawa kita asyik kata negara kita ni multiracial walau hakikatnya orang melayu kawan orang melayu, cina dengan cina dan andaya dengan andaya. Pergaulan hanyalah seberapa percent dari kehidupan seharian. Tengok ajala parti politik kita.
Sebab tu aku rasa bagus kalau sekolah kita ada pelajaran bahasa tamil dan cina supaya kita lebih mudah bergaul dan memahami satu sama lain.
Aku rasa masih banyak lagi lagi yang boleh diperbuat untuk merapatkan hubungan antara kaum kita. Walaupun begitu, aku masa merasa bahawa pembangunan satu bangsa Malaysia perlu berteraskan kepada satu bangsa yang teras dan kebanyakan iaitu bangsa melayu. Namun mana-mana elemen kebudayaan bangsa lain yang tidak mengugat akidah orang Islam bolehlah kita ambil dan selitkan sebagai elemen-elemen bangsa malaysia tersebut.
Aku suka cerita cina dan belajar sejarah tamadun cina.
Apa kata Bukatutup?
Masih berangan nak pergi New York. Tak kesampaian lagi. Apa-apapun, Malaysia tetap aman dan harmoni, dari perspektif Mak Lijah.
Adakah dengan hanya meminanti cerita Cina dan tamadun Cina kita sudah dianggap menyumbang kepada keutuhan masyarakat majmuk?
Apapun aku setuju dengan cetusan bahawa setiap masyarakat itu perlu ada terasnya. Tapi yang penting kita harus pandai berkompromi. Yang majoriti kompromi itu dan yang minoriti kompromi ini. Barulah aman dan tenteram serta harmonis.
Ini yang kita mahu. Masyarakat kita harus sayang kepada tanahair ini. Parti politik kita masih kuat berlandaskan kepentingan bangsa masing-masing tapi salah kah??
Aku rasa tidak ianya hanyalah satu persinggahan sebelum sampai ke matlamat kita. Tapi usaha harus dibuat utk menubuhkan masyarakat Malaysia. Aku terharu bila lihat atlit kita berbangsa Cina atau India duduk atas podium sambil menyanyi lagu Negaraku sambil keluar air mata!!
Aku setiap kali lihat sebegitu berasa megah dan berdiri bulu roma ku!!
Apa la kau ni... ilmu dan pengetahuan tentang filem dan tamadun cina itu boleh diguna pakai semasa ngorat amoi cute kat Alamanda... tak tau ka sudah tukar ?
Mr. anonymus:
Boleh pakai ke taktik tu. Kalau amoi tengok cerita melayu atau Inggeris?
aku ingat ada sekali tu aku dgn member aku je budak melayu dok tgk cerita Jackie Chan kat Sungei Wang!!
Post a Comment
<< Home