Kepialu
Aku tertarik dengan kisah demam kepialu kat Kelantan dan isu kebersihan. Seingat aku demam kepialu ni bukan isu baru. Dari dulu lagi sampai sekarang tak henti macam kes Denggi jugak. Semuanya berpunca dari kebersihan.
Sedara aku dulu pun pernah masuk hospital masa Raya sebab Typhoid ni.
Yang nyata sesetengah orang kita ni pengotor. Kat pasar malam biasanya kita boleh tengok bersepah sampah-sarah dibuang oleh pembeli. Malah penjual pun sama. Buang sampah ikut suka saja. Apa salahnya buang dalam tempatnya.
Yang jual ayam ada buang kulit dan sebagainya kat atas jalan je menjemput lalat-lalat berterbangan mengerumuni. Satu hal pulak Dewan Bandaraya kena kerah pekerja bersih lepas tu. Tabik kepada Dewan Bandaraya sebab bersih dicucinya kawasan pasar malam tu malam tu jugak. Besok pagi lalu kira jalan tu takde sampahlah. Tapi apa salahnya kalau semua dibuang ikut tempatnya. Kotor tidak, Dewan Bandaraya pun tak payah upah pekerja ramai-ramai untuk dibayar overtime.
Masa pergi pasar minggu kat NY dulu lain keadaannya. Masa berjalan tu bersih je. Pembeli pun pembersih. Yang tukang jual pun sama. Tapi satu perkara lagi tong-tong sampah disediakan. Ini berlainan di negara kita. Nak kata sebab kita belum maju entahlah..Habis je pasar minggu tu. Jalan tu bersih seperti biasa.
Mungkin Pihak Berkuasa Tempatan patut denda je pengotor-pengotor ni.

4 Comments:
Sepatutnya peniaga diwajibkan membersihkan sendiri kawasan perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, yang sedihnya, mereka beranggapan, oleh kerana mereka membayar lesen untuk berniaga, maka PBTlah yang harus membersihkannya. Anehnya, ia diterima! What an attitude! Begitulah manjanya peniaga-peniaga di Malaysia.
PBT kita suka makan rasuah...sebab tu tiada tindakan diambil... enforcement pon serkap jarang aja, mana yang tak bayar duit kopi, dialah yang kena....bangang betul....
Dekat Jepun ni nak jumpa tong sampah punya la seksa. Kebersihan dipersekitaran di Jepun ini rata-rata nya sudah merosot. Banyak sampah-sampah berterbangan terutamanya puntung rokok yang dicampak merata-rata. Imej bersih yang dipamerkan oleh negara Jepun dahulu tidak lagi berkekalan. Siapakah yang harus dipersalahkan. Adakah kebanjiran orang luar menjadi punca kepada fenomena ini.
Mak Lijah: ha tu la!!
Anoynymous: berat tuduhan ni. Semoga tak kena saman macam Kompas!
Atoque: Ni mungkin sebab masalah bandaraya metropolitan. Peningkatan sampah sarat meningkat dengan ketara sampai mendatangkan masalah kepada PBT untuk melupuskannya. Di NY pun sama. Yang anehnya di NY pakai sistem lain di San Francisco pakai sistem lain. Itulah keunikan Amerika Syarikat. Member beritahu NY ni dah kira tak kotor macam dulu. Dulu lagi teruk. Katanya si Giulanni mayor yang diganti oleh Bloomberg tu yang bersihkan NY. Bukan sampah je malah orang yang tekde rumah bahkan juga kadar jenayah juga turun.
Post a Comment
<< Home