Wednesday, May 04, 2005

Perbankan

Pagi tadi aku ke bank aku untuk melakukan tranksasi tapi sungguh hampa kerana terpampang di pintu, notis di atas kertas putih dengan coretan marker biru tertulis "Computer offline". Rasa nak marah pun ada jugak kerana ini bukan pertama kali berlaku. Bukan senang aku ada masa free. Bila dah ada masa terluang terjadi pulak macam ni.

Yang sedih lagi kena bayar caj parking RM2. Apa nak buat dah tak tertulis bahawa aku tak akan melakukan urusan aku di bank hari ni. Apapun kerani bank tu melayan ku dengan baik sekali. Sejuk jugak hati yang kecewa.

Lalu aku putuskan pergi ke Pos Malaysia nak buat wang pos. Cuak jugak aku sebab ada notis merah ditengah pintu memaklumkan komputer tidak berfungsi juga. Aku buat bodoh je tekan nombor giliran. Nasib baik tak perlu pakai komputer nak beli wang pos. Paling tidak selesai jugak satu urusan ku.

Di Arizona dulu bank aku namanya Valley bank. Senior aku yang bawak bukak akaun. Yang seronoknya mereka beri kita pilih sendiri katakekunci kita. Takdalah sampai kena hafal nombor yang entah apa-apa. Aku dapati urusan bank di sana lebih personal dari di sini sungguhpun kita cuma pemegang akaun biasa.

Tak macam Kawanku siap ada Priority Member lagi untuk urusan yang lebih personal. Mungkin ini kita boleh ubah. Namun aku perhatikan urusan bank di Malaysia sekarang ni agak mudah dari dulu. Cuma nak keluar duit banyak-banyak punyalah banyak cerita ... macam tak nak kasi balik je duit kita.

Keburukan di Amerika pulak aku perhatikan kalau kita tak de rekod kredit
punyalah susah nak dapat kad kredit. Kalau takde kad kredit lagi susah nak ada rekod kredit kita. Maka susahlah nak masukkan api, telefon dan pelbagai lagilah. Kat Malaysia Alhamdulillah senang lagi.

Tapi baru-baru ni kita ada baca makin ramai orang muda kita berumur sekitar 20an jatuh bankrap dek kad kredit ni. Nak ada kad kredit ni kena berdisiplin. Kalau takde disiplin kalau boleh kereta Ferarri yang Schumacer bawak tu kita nak beli. Pantang tengok benda terhangat di pasaran nak beli.

Semoga kita semua tidak jadi jutawan kredit yang dikelilingi hutang ...

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Bank BSN memang selalu down kemputer dia. Perkhidmatan dia tak berapa seronok. Yang cuma seronok kerani kaunter dia comel-comel dengan baju biru mereka.

Pengalaman aku dengan Bank kat Amerika lak, senang jugak. Nak dapat checking akaun pon senang dah tu bagi chek beratus-ratus keping. Seronok aku sign check bayor groceri, sewa, api-air dan segalanya.

Bank kat sini yang meksalahnya selalu pada aku ialah rasa macam kurang mesra. Kita ni macam menyusahkan petugas bank aja. Baik Stan Cartered, bank bumi, Public dan maybank. Tapi maybank putrajaya ni ada sorang adik yang selalu bantu aku kalau aku tak paham.

Sapa pernah bukak akaun kat Bank Buruh?

4:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

Mak Lijah tak komplen sistem perbankan sini sebab semuanya dibayar oleh Kawanku thru internet jer. Habis semua family Mak Lijah dikawankan sebab senang nak transfer duit, tak yah berator panjang. Masa'elah hanya timing jer. Kalau selepas waktu2 tertentu, dikira didebit esok.

11:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

MakLijah : Saya masih belum lagi dapat merangkul elektronik banking ni. Macam masih belum dapat nak percaya sepenuhnya. Satu hari dia down, habis duit kita termasuk ke Bank Buruh.

4:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

test

5:12 PM  
Blogger skalo said...

Apa test test!

Para buruh yang bukak akaun kat bank tu. Nak bukak akaun kena buat kerja buruh dulu tau.

Kau tau tak gaji kerja buat rumah RM45 satu hari ...

6:50 PM  

Post a Comment

<< Home