Suatu Masa
Bumi Belanda pada pengamatan ku sungguh landai tanpa susunan tinggi rendah bukit bukaunya. Pada setengah orang ianya satu pemandangan yang membosankan. Aku tidak pula merasa begitu. Rekabentuk bangunan lama masih kekal dijaga rapi memperlihatkan tuanya ketamadunan mereka. Jalan-jalan batu-batan masih menghiasi sesetengah kawasan.
Kincir angin sekarang juga sudah berubah wajah. Bukan seperti apa yang terpapar dalam buku sejarah ku dahulu. Kincir angin berbentuk baru tinggi tersusun dengan sayapnya berpusing memunggut kuasa untuk kegunaan tenaga rakyatnya. Namun begitu, di selang jarak tersebut masih kelihatan kincir angin tradisional menjalankan fungsinya.
Apa yang jelas bagi ku sungguhpun negara ini sudah maju tapi masih kekal kepentingan pertaniannya. Masih banyak ladang-ladang kecil serta kelihatan lembu-lembu dan biri-biri berkeliaran meragut rumput. Ini dapat dilihat dari lebuhraya-lebuhraya menyusuri laluan dari Hague ke Rotterdan dan Amsterdam.
Ramai juga di kalangan kita menyangkakan ibunegara Belanda ialah Hague dan bukannya Amsterdam! Sekadar selitan.
Satu lagi pengamatan aku ialah rakyat Belanda, kalau tidak pun yang aku nampak, kelihatan mereka ini seperti tidak mempunyai masalah besar di riak muka mereka. Terpancar mereka ini seperti berpuashati dengan kehidupan mereka. Mereka juga mundar mandir mengayuh basikal di laluan yang disediakan sungguhpun semak-samun tumbuh segar di kiri kanannya. Tiang-tiang lampu pun nampak jarang dari satu jarak ke jarak yang lain. Di malam hari dapat ku bayangkan kegelapan meliputi kawasan itu. Aku rumuskan ini semua bahawa mereka masih berasa selamat menggunakan laluan itu, setidaknya di the Hague!
Lain pula dengan negara kita di mana kita sentiasa terfikir betulke kereta ni rosak bila terlihat terdamparnya ia di tepi jalan terutamanya di kawasan yang sunyi. Atau, ianya satu perangkap yang boleh membawa tragedi??
Kenapa jadi begini sedangkan dahulu kita tidak mempunyai prasangka begini????
Kenapa cahaya yang tepancar di muka ramai rakyat kita nampak seperti mereka mempunyai masalah sahaja. Tidak jernih dan penuh dengan kerut-kerut hiba dan duka??

3 Comments:
Aku suka melihat hujan emas. Aku selalunya terpesona dengan hujan emas. Tapi kalau disuruh membanding, aku akan sentiasa berkata bahawa hujan emas turun sebab cuacanya berbeza dengan tempat di mana hujan batu menimpa bumi. Maka, aku tak buleh kata tempat di mana cuaca membuahkan hujan emas lebih baik dari cuaca hujan batu. Pada aku satu perbezaan dengan variable yang berbeza.
Itu je.
Mungkin orang anggap Hague sebagai ibu negeri sebab pusat pentadbirannya di situ (?).Pejabat Duta Mesiapun di sana, kan?
Hujan emas memang di negeri orang. Kita hanya ditimpa hujan batu. Tapi zaman sekarang ni batu pun boleh jual gak...
Satu lagi kalau kena timpa hujan emas silap2 boleh mati ooohhh...
Aku harap negara kita akan terus aman. InsyaAllah dengan perkembangan ekonomi kita akan turut ceria memek muka rakyat kita.
Aku lebih senang bila tengok orang dalam kesusahan, aku tak perlu berfikir ni betul ke atau saja dia ni nak cari makan. Rasa bersalah pula bila berfikir begitu.
Pernah aku ditanya apakah aku akan menolong. Dengan pantas aku jawab ni semua dah tertulis. Kalau ikut naluri memang akan menolong tapi ketentuannya belum tahu.
Post a Comment
<< Home