Taajel
Tahun ini adalah Ramadan pertama bagi aku di Indonesia. Ada beberapa perkara yang berbeza dari Malaysia. Ada juga yang sama. Teraweh agak sama. Ada yang 8 rakaat ada yang 21 rakaat.
Pasar atau bazar Ramadan belum aku pergi. Katanya ada. Tapi mengenangkan kesesakan lalulintas aku batalkan sahaja hasratku. Kueh mueh banyak juga persamaan. Onde - onde boleh didapati dengan mudah begitu juga pengat pisang dan lopes. Tapi air soya agak susah atau mungkin belum aku ketemui. Ayam percik tak adalah ... he he he
Buka puasa di sini agak awal berbanding Malaysia. Cuma di sini lebih dikenali dengan taajel atau secara ringkas mematikan atau menangguhkan puasa. Di Malaysia kita lebih menggunakan berbuka puasa atau kalau bahasa arab kita pakai iftar. Samanya di Dubai dipanggil iftar.
Hotel menyediakan pakej Ramadan dikenali dengan paket taajel. Di sebuah hotel terkemuka di Jakarta paketnya ada pengat (sini panggil kola), aneka jenis kueh/kurma dan kopi atau teh. Kalau di Malaysia restoran penuh dengan orang menikmati pakej ramadan.
Seperkara lagi yang amat menarik bagiku adalah orang Islam perempuan dengan selambanya makan secara terbuka ditengahari ... agak janggal bagi aku ... Kalau di Malaysia dah lama naik van jenazah ...
Pancasila vs Islam Agama Rasmi Persekutuan ??

0 Comments:
Post a Comment
<< Home