Buruan
Kita jangan terburu - buru mahu selesaikan "negotiation" dengan mereka. Tak perlu ikut rentak mereka. Kita kena jaga pendirian kita, ungkap teman seperjuangan ku. Nampaknya beliau tidak berseorangan mahu mengambil pendekatan tidak terburu - buru. Ada pula rakan yang lain menyokong pendirian beliau.
Yang lain di keliling meja hanya diam melihat aku. Ada yang memberi reaksi muka menyampah dengan kenyataan di atas. Hati aku agak bergelodak juga bila disarankan sedemikian. Setelah suasana senyap aku bersuara "Sememangnya dalam setiap perbincangan kita punya pendirian. Jika diminta percepatkan tidak bererti mahu menyerahkan pendirian kita pada mereka bulat - bulat. Realitinya sekarang kita boleh disalahkan kerana lambat memberi komen kepada deraf hasil perbincangan mesyuarat. Maka, kita harus alihkan tanggapan berkenaan ke padang mereka. Tak bererti kita setuju dengan cadangan baru mereka!".
Kita harus bijak menangani paralisis ini, komen aku lagi.

1 Comments:
Jangan terburu-buru ketika berburu kelak menjadi haru serta biru. Nanti lidah kelu tersedu-sedu.
Post a Comment
<< Home