Obama Balik Kampung
Obama melawat Indonesia. Beliau mendapat tepukan gemuruh apabila cuba bercakap Bahasa Indonesia walaupun pertuturannya agak sedikit janggal. Tapi amat bagus untuk seorang yang pernah tinggal di Indonesia selama 5 tahun sejak tahun 1967. Lebih bagus kerana seorang Presiden negara besar seperti Amerika Syarikat yang bertutur begitu. Mungkin sebahagian Indonesia merasakan seperti menyumbang kepada keperibadian Presiden Obama. Mungkin juga kerana beliau masih ingat akan suara azan yang berkumandang waktu kecil dulu. Beliau ingat akan Masjid Istiqlal yang baru dibina waktu itu.
Malah beliau melawat masjid berkenaan sebelum ke Universiti Indonesia (UI). Di UI beliau menyebut akan pertembungan antara dua agama besar ini. Beliau berkata beliau sangat senang melawat masjid terbesar di negara yang memiliki penduduk Islam yang ramai. Beliau tidak rasa kekok walau beliau seorang kristian. Beliau juga menyebut bahawa arkitek untuk masjid agung itu adalah seorang kristian.
Perlukah disebut benda benda ini? Yang aku nampak Presiden Obama ini lebih dekat dengan Islam dari presiden AS yang lain. Mungkin ini peluang terbaik negara - negara Islam untuk memberikan input yang bernas kepada AS. Masa terbaik untuk berdailog antara budaya antara agama.
Yang pasti ada elemen sentimental dalam lawatan Obama ke Indonesia. Tapi itu bukan perkara utama yang harus di dalami. Yang nyata Presiden AS pasti letakkan kepentingan negaranya dahulu dari elemen sentimental. Beliau tidak melawat rumah dan sekolahnya dulu ...
Indonesia negara besar di ASEAN lebih lebih lagi sebagai Pengerusi ASEAN sekarang. Dan juga Indonesia penting sebagai rakan dagang AS yang akan menaikkan kadar pekerja di AS. Itu salah satu perkara utama bagi Obama yakni menggurangkan kadar pengganguran.
Bagaimana dengan Malaysia yang tidak dilawati oleh Presiden AS sejak Nixon? Yang datang hanya Hillary Clinton dan Bob Gates?? Kita penting atau tidak? Atau soalan yang lebih penting lagi penting ke Presiden AS melawat Malaysia?
Atau kita lihat pada kerjasama duahala dalam bidang perdagangan, ketenteraan, keselamatan, pelajaran dan sebagainya?

1 Comments:
Lawatan perlu ada substancenya baru berbaloi bebudak protokol kerja dan desk bertungkus lumus.. kalau setakat photo op tak cukup juga walaupun ada sedikit kesan.. insyaAllah akan dilawatnya juga nanti...
Post a Comment
<< Home