Singa tua yang pelbagai bahasa
"Saya pernah ke Gujerat, Darjeeling, Madras, Uttar Pradesh" kata dia sambil menyuap nasi kerabu. "Waktu itu Bangladesh dan Pakistan masih dikenali dengan East India" sambungnya bersemangat sambil tersenyum melihatkan giginya yang ronggak di tengah.
Aku masih berminat mendengar ceritanya. "Banyak saya berjalan di India kerana saya tahu berbahasa urdu" akui beliau. "Bukan urdu saja tapi saya tahu 14 bahasa" sambung dia lagi. Aku dah mulai meragui cerita mamat ni.
Mukanya sekarang kelihatan seperti pelawak pula. Dengan rambut putihnya berbaju melayu berwarna krim dengan butang bajunya terbuka di atas, makin terserlah kelucuan karakter orang tua ni. Itu kata hati aku. Mata aku mula mencari tuanrumah.
Sebelum banyak lagi cerita wayang kulit keluar baik aku balik rumah.

1 Comments:
kalau aku layan je.. banyak ilmu boleh dipelajari... ilmu kelentong!
Post a Comment
<< Home