Friday, April 01, 2011

Ojek

Setiap pagi waktu menyelusur jalan untuk ke pejabat di satu simpang menghala Jalan Casablanca penuh deretan motor cup bersusun. Pada mulanya tertanya juga aku kenapa tuanpunya motorsikal ni letak jenteranya di sini. Lama kelamaan aku sedar bahawa motorsikal itu adalah ojek atau dalam bahasa aku teksi motorsikal. Kalau di Siam pun ada tapi operatornya lebih kemas memakai vest berlainan warna.

Terfikir pula di kepala aku agaknya sebab motorsikal banyak di Jakarta ini kerana menjadi sumber pekerjaan bagi operatornya yang ramainya kaum lelaki. Bagaimana mahu tahu motorsikal itu ojek atau tidak? Aku hanya boleh mengesan bila ada pembonceng di belakang kerana beliau tidak memakai topi keledar sedangkan pemandunya bertopi keledar.

Menurut sahabat aku, operator ojek ni mempunyai kawasan operasinya. Di luar kawasan operasinya, operator ojek hanya boleh menghantar dan tidak boleh mengambil penumpang. Ada peraturan juga di celah tiada aturannya ...

2 Comments:

Anonymous Ayah said...

berapa harga naik ojek ni? murah je kot. Sebab kalau nak comfortable lagi ada Bajai. Skuter warna oren tu.

Kalau nak comfort lagi naik teksi la. tapi baik blue bird atau silver bird.konsep ojek ni macam prebet sapu ke?

Ada tak pemandu ojek ni yg perempuan dan suka bawak laju gila-gila? Kalau ada pemconceng tu kena peluk kuat-kuat

11:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

karavan ojek kemacetan di casablanca kalik!

10:13 PM  

Post a Comment

<< Home