Hablun Minnanas
"Malu tu separuh dari iman" ungkapan yang aku sering dengar di ceramah agama waktu aku kecil dulu. Agaknya malu dari apa fikir aku. Takkan malu pada awek bila bertentang mata. Tapi kini aku sedar besar maknanya ungkapan tersebut. Malah ada teman memberi link pada aku yang mana kandungan nukilan tersebut menyatakan bahawa malu adalah salah satu dari tujuhpuluh cabang iman.
Apa yang aku faham dalam dunia ni kita sebagai umat Islam punya dua peringkat hubungan iaitu Hubungan dengan Tuhan dan juga Hubungan sesama Manusia.
Malu pada Tuhan InsyaAllah hubungan kita dengan manusia juga terjaga. Idok gitu??
Apa yang aku faham dalam dunia ni kita sebagai umat Islam punya dua peringkat hubungan iaitu Hubungan dengan Tuhan dan juga Hubungan sesama Manusia.
Malu pada Tuhan InsyaAllah hubungan kita dengan manusia juga terjaga. Idok gitu??

3 Comments:
Dulu ngko kata sabar tu separuh dari iman jugak. So kalau kau sabar dan malu, cukup la iman tu iye?
Dalam hal ni aku terkenang seorang pengantin lelaki yang sabar atas sikap malu-malu pengantin perempuan di malam pertama.. apabila mereka bersatu maka bermulalah satu kehidupan penuh keimanan....
Penuhlah gamaknya ... jadi cukup dgn malu dan sabar .. Bab pengantin tu aku tak reti nak komen
aku pon tak reti nak komen kenyataan si razdan ni pasal pengantin...
tapi jangan terlalu malu kepada sesama insan, kita patut malu kepada tuhan...
Nabi Musa tidak malu untuk mengakui bahawa dia adalah hamba Allah yang paling berpengetahuan. Namun dia juga tidak malu untuk belajar dengan Alkhidr apabila dingatkan oleh Allah bahawa ada hambaNya yang telah dikarunia ilmu yang lebih. Namun Musa AS tidak dapat menyimpan kesabaran semasa beliau dipertontonkan dengan keilmuan Alkhidr dan mula mempersoal tindakan siIlmuan. Natijahnya pendidikan diterbengkalaikan atas ketidaksabaran walau sikap malu untuk belajar itu tiada..
Post a Comment
<< Home