Wednesday, January 26, 2005

Gosok jangan tak gosok

"Kita bila bekerja ni kena work smart dan juga be seen working". Ini antara kata nasihat yang diberikan masa baru-baru masuk kerja dahulu. Nanti baru cepat naik pangkat.

Ianya tidak ku ambil kisah sangat kerana naluri ku bertutur sebaliknya. Tak sebati dengan hatiku. Banyak sungguh cabaran dan dugaannya.

Tapi bila kekadang terlihat kawan kita ke hulu dan ke hilir dengan sekeping kertas di tangan dan nampak sibuk saja sambil berbincang mesra dengan bos, aku teringat akan kata nasihat di atas. Ini mungkin pendekatan yang dipakai oleh kawan kita ini.

Ah pedulikan ia kalau tak menyakiti hati aku dan tak menyusahkan. Tapi kadang-kadang menyiksakan kita pula. Banyak kerja kita yang tanggung sedangkan dia goyang kaki saja. Deadwood sahaja mereka ini.

Apa yang harus kita lakukan. Ikutkan hati bakar sahaja "kayu mati" ini. Ada jugak gunanya. Tapi buat apa susah-susah peningkan kepala?? Buat sahaja kerja.

Kalau manik tu manik jugak biar digilap sehaus mana. Mutiara tetap mutiara. Benar jugak kata Where is my golok dalam lakonannya dalam Puteri Gunung Ledang!

Aku masih berpegang kepada prinsip kalau baik kita lakukan baiklah yang kita dapat. Kalau serong pandangan kita ke tepi lah perjalanan kita.

Semoga terus dikuatkan semangat agar ianya tidak pudar dan hilang. Teringat pulak lagu XPDC "Semangat yang hilang".

2 Comments:

Blogger Ayah said...

Toksah nak risau. Kau gosok aja semua benda atas meja kau. Bila semua dah gilap, orang akan buat penilaian sendiri. Tak payah nak ke hulu ke hilir, tak payah nak berbincang sokmo.. takda pekdah..

dop tahu starang.....

So, Gosok jangan tak gosok....

3:58 AM  
Blogger skalo said...

Alamak borang prestasi belum diisi ni....

8:38 PM  

Post a Comment

<< Home