Iman
Besok hari Jumaat. Kat mana aku nak sembahyang nanti. Biasanya ke Masjid Uniten. Aku suka dengar bacaan Imam di situ.
Kalau di NY dulu aku solat kat UN je di mana satu dewan kecil di pinggir East 42nd Street dijadikan menjadi dewan sembahyang. Imam luar biasanya dijemput memberi khutbah. Ada dari Pakistan, Indonesia, Guyana dan juga Amerika sendiri.
Aku paling tertarik dengan Imam Abdul Malek, seorang kulit hitam dan bekas paderi dari NY. Beliau memeluk Islam dan pernah tinggal di Mekah. Cakap Arab bagus apatah lagi bahasa Inggeris.
Khutbahnya biasa dikupas dari satu atau dua potong ayat Al-Quran dan disentuh dengan suasana semasa. Gaya suaranya membuatkan makmum asyik, bukan dibuai untuk terlelap, tapi mendengar kupasan beliau. Malah biasanya bila hari dia menyampaikan khutbah dewan solat menjadi lebih padat dengan kaum hawa juga turut serta mendengar.
Aku kagum bagaimana seorang yang dulunya pemeluk agama lain dapat mendalami Islam dan memberi khutbah dengan baik kepada rakannya yang lahir sebagai seorang Muslim.
Ingatan yang diberikan beliau tidak mengenal siapa dan bangsa. Arab ke, Pakistani ke atau siapa saja ditegur beliau dengan keras sambil mengajak kembali ke pangkal jalan. Islam katanya bukan untuk orang Arab sahaja!!
Dapat ku lihat dalam hati beliau, dia hanya takutkan si Maha Esa sahaja ...

3 Comments:
Aku pernah diberi kesempatan untuk mendengar khutbah beliau. Cara penyampaian dia sangat berapi-api dan bersungguh-sungguh... kat mesjid UNITEN tu macam baca teks aja...sungguhpun demikian, satu masalah aku ialah cemana bagus pun khutbah tu selalu aku megelamun dan masuk sedikit-sedikit aja..kalau ditanya lepas tu aku tak ingat, cuma aku ingat apa yang aku mengelamunkan..benci aku..
hari ni UNTEN pon boleh... tetapi bergantung cuaca si botak la aku rasa...
Skalo, mana tajuk?
alamak dah nama skalo. Sekali sekalo lupalah. Minta maaf .....
Post a Comment
<< Home