Pengembara muda
Aku bergegas mencari tempat duduk ku. Keratan tiket aku tertulis 18C. Biasanya aku book 17C. Senang nak ke bilik termenung nanti tanpa menganggu penumpang sebelah.
Ku lihat di 17A ada seorang penumpang lelaki yang tampak kecewa setelah menyedari ada penumpang lain akan duduk di sebelah dia. Aku letak bagasi tangan aku di tempat menyimpan barang di atas dan duduk. Rupanya mamat ni mat Lebanon rakyat Belanda berkahwin pulak dengan seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina dari Sarawak yang dulunya pramugari MAS.
Katanya dia jumpa orang rumah dia di atas penerbangan ni tak lama dulu. Menarik cerita dia bagiku ala-ala cerita "Cinta Antara Benua" pulak.
Dalam berbicara dengan dia ni aku tanya satu soalan iaitu pengamatan aku bahawa rata-rata ramai anak muda Belanda bekerja. Pada pandangan mata kasarku, mereka ni sepatutnya berada di sekolah atau kolej. Mereka hanya bekerja sebagai "Bellboy", penyambut tetamu dan sebagainya. Satu jawatan yang dikira gajinya tidak lumayan di negara kita. Tapi nampak bersemangat dan berdedikasi menjalankan tanggungjawab mereka.
"Mereka ni memang sepatutnya masih belajar tapi berhenti kerana hendak mendapat duit cepat." jawab rakan bualan ku ini. Sambung beliau lagi, "Mereka ni tak sedar bahawa mereka akan menyesal nanti".
Aku juga difahamkan bahawa di Belanda ini kalau rakyatnya berumur 18 tahun ke atas dan tak bekerja mereka dapat duit "welfare". Bagus jugak fikir ku. Dapat duit tu pegi mengembara ke negara-negara membangun. Dengan nilai Euro yang lebih tinggi, kehidupan akan lebih selesa malah lebih mewah dengan mengembara dari tinggal dan menyara diri di negeri sendiri berbekalkan wang kebajikan tersebut.
Padanlah ramai orang muda Eropah berjalan-jalan ke serata dunia!

2 Comments:
aKU TAK BERAPA FAHAM SISTEM WELFARE. pADA AKU SISTEM YANG KITA AMALKAN DISINI DIMANA HANYA YANG BETUL-BETUL MISKIN SAHAJA DIBANTU SERTA YANG KURANG UPAYA...
DALAM HAL INI, AKU RESPEK DI INDONESIA, DI MANA MASYARAKATS ENDIRI BERGABUNG MENYEDIA BANTUAN KEPADA YANG KURANG EBRNASIB BAIK....NAMUN INI JUGA ADA KEBURUKANNYA YNAG SERUPA --SIKAP BERGANTUNG KEPADA PERTOLONGAN DAN KURANG KEINGINAN DAN KEYAKINAN UNTUK BERUSAHA SENDIRI...
My favrit seat is 4A, London-KLIA.
Post a Comment
<< Home