Thursday, April 15, 2010

Erti Persahabatan

Lobby Lounge Shangri-la Dubai dipenuhi ramai tetamu pada hari ini. Tidak seperti tengahari semalam. Ada orang Arab tempatan atau emirati sedang minum. Ada juga tetamu hotel dari negara sekitar seperti Lubnan dan Syria. Senang saja nak bezakan mereka dengan emirati. Selalunya emirati ni pakai jubah atau khandoora.

Selalunya aku minum "Morrocan Tea" atau Machiatto di sini. Tapi hari ni, pengurus Shangri-la yang berasal dari Pulau Pinang mengajak kami minum teh tarik. Bos aku yang tadi mahu pulang ke Abu Dhabi akur untuk minum dulu. Kami berdua sambil ditemani pengurus tadi dan juga beberapa ahli perniagaan Malaysia berjalan perlahan-lahan ke Lobby Lounge.

Kami mengambil satu meja dan sambil menunggu teh tarik kami berbual mengenai Malaysia dan kehidupan di UAE. "Orang Arab ni memang tidak suka menepati masa ke?" tanya salah seorang ahli perniagaan Malaysia yang mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam bidang petroleum. Bos aku sambil membetulkan badannya di atas kerusi mejawab "Ketetapan masa ni konsep orang Barat. Bukan konsep orang Arab. Mereka lebih mementingkan persahabatan".

Aku tersenyum mendengar pandangan bos aku sambil melirik hadiah yang diberi oleh orang Arab yang dimaksudkan tadi. Beliau tadinya lewat tiba ke majlis di tingkat 3 hotel Shangri-la ini. Dua pasang pen cerutti dihadiahkan kepada kami semua yang hampir 10 orang. Agaknya berapa dirham harganya. Kalau Dhs1000 sepasang didarab dengan 10 orang sudah Dhs10,000 dibelanjakan.

Hadiah untuk lewat barangkali. Sebagai kawan kita tidak patut merasa marah atas kelewatan beliau tadi yang datang dari Abu Dhabi.

2 Comments:

Blogger Ayah said...

Persahabatan pula bukan dinilai dengan harta benda pangkat dan darjat. Seperti mana-mana konsep hubungan manusia, persahabatan dijalin, dipegang dan diperkokoh dengan ketulusan hati dan keikhlasan nurani.

Namun masa juga memain peranan. Seperti kata meluang walau sedetik masa untuk bercengkerama bahasa walau hanya dihidangkan secangkir teh tarik Presint 16 atau sebutir roti yang tidak akan meletup.

7:11 PM  
Blogger Ayah said...

This comment has been removed by the author.

1:51 AM  

Post a Comment

<< Home