Thursday, October 14, 2010

Ujian

Kira – kira dua minggu yang lalu, aku mendapat berita bahawa temanku diserang angin ahmar. Beliau pulang demi tugas dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta terkemuka di KL. Kini beliau beransur pulih dan telah dikeluarkan dari ICU dan sedang berehat sekarang di HUKM. Alhamdulilllah keluarganya juga sekarang terutama isteri beliau berada di sisinya.

Setiap beberapa ketika aku akan bertanya khabar dengan Blackberry ku. Baru sebentar tadi aku kirimkan salam ku melalui isterinya. Aku diberitahu “Tuan saya sudah kirimkan salam tuan. Beliau terus mengalirkan airmata. Sayu mungkin.” Terfikir aku apa yang bermain di benak fikirannya tanpa aku mendapat jawapannya.

Aku hanya mampu doakan semoga beliau cepat sembuh dan Tuhan mempermudahkan semua urusan buat kaum keluarga beliau.

2 Comments:

Blogger Ayah said...

hmm skalo.. aku pon banyak ujian minggu depan, bertalu-talu. meluat aku dibuatnya..

5:34 AM  
Blogger skalo said...

kau ujian berkala ... anyway selamat semuanya

2:43 PM  

Post a Comment

<< Home