Friday, August 12, 2011

Islam is Kind

Kelmarin (dah berminggu yang lalu) aku menghadiri majlis berbuka puasa di salah sebuah agensi utama Kerajaan Indonesia. Penceramah jemputan memberi sedikit ceramah mengenai Islam di Indonesia. Menurut profesor Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah ini, Indonesia atau nusantara dahulu terletak di antara dua agama besar iaitu Budhism dan Hinduism. Islam datang dengan pedagang Arab. Jadi Islamnya agak pluralistik, toleran dan dinamik.

Dia menerjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris sebagai "kind". Tersengih juga beberapa hadirin asing mendengarkan Islam di Indonesia adalah "kind". Bagaimanapun, penceramah juga menyebutkan bahawa setelah Islam tu masuk ke daratan sedikit ia menjadi lebih konservatif berbanding dengan mereka yang tinggal di kawasan pantai. Ini cerita dulu dululah kurun ke 16 - 17.

Pada aku ada benarnya kata beliau. Islam di sini secara amnya nampak lebih terbuka. Kalau di Malaysia orang Islam terutamanya wanita yang tak berpuasa tidak akan kelihatan makan di tempat awam. Di sini bisa kelihatan wanita bertudung minum dan makan di restoran. Malah untuk membezakan siapa yang Islam siapa yang bukan pun bukan senang.

Setiap negara punya ciri masing - masing dipengaruhi juga budaya setempat. Yang nyata Islam sekarang sudah ramai yang menekankan intinya dan bukan sahaja pada ritual.


1 Comments:

Blogger Ayah said...

Islam is very kind. Karavan dan sampai ke Wadi semula ya?

1:06 PM  

Post a Comment

<< Home