Friday, January 28, 2005

Kecewa

Aku segera pulang dari Kuala Lumpur bersama teman-temanku setelah membaca berita bahawa keputusan SPM akan diumumkan. Keesokan harinya aku ke sekolah bersama rakan-rakanku. Entah mengapa berat sedikit kakiku untuk melangkah hari itu. Mungkin tidak berani menghadapi kenyataan.

Aku agak kecewa bila melihat transkrip keputusan SPM ku kerana aku menyangka ianya akan lebih baik. Pulang ke rumah terus aku serahkan ia kepada arwah bapaku yang menunggu dengan penuh harapan. aku tidak berkata apa-apa.

Jelas nampak dia agak kecewa dengan apa yang dia baca. Pertama kali aku nampak riak kecewa dimukanya terhadapku. Ibuku kurang memberi reaksi tapi aku tahu perasaannya sama dengan arwah bapaku.

Sedih aku melihat mereka berdua. Seharian aku bersendirian melayan perasaanku. Bagaimana mahuku pulangkan kembali keceriaan kepada mereka...Berat sekali ku rasa bahuku pada hari itu.

4 Comments:

Blogger maklijah said...

Mak Lijah pun tak dapat keputusan SPM yang baik. Berbanding dengan Skalo, Mak Lijah bukan seorang yang cerdik di sekolah dulu. Tapi sekurang-kurangnya kini Mak Lijah mempunyai pekerjaan yang tetap dan stabil, malah diberi peluang melanjutkan pelajaran dengan semuanya ditanggung beres. Alhamdulillah...

6:51 AM  
Blogger skalo said...

Ada pendapat mengatakan cerdik tak penting tapi rajin lagi bagus. Mungkin cerdik tanpa bijaksana tidak ke mana seseorang itu. Tapi kalau rajin jauh juga ke depan nanti ...

10:48 PM  
Blogger skalo said...

Ada pendapat mengatakan cerdik tak penting tapi rajin lagi bagus. Mungkin cerdik tanpa bijaksana tidak ke mana seseorang itu. Tapi kalau rajin jauh juga ke depan nanti ...

10:48 PM  
Blogger maklijah said...

... rajin pun idak...

3:47 PM  

Post a Comment

<< Home