Panggilan Seberang Laut
Saat mengisi borang UPU aku terfikir sejenak universiti mana aku nak letak paling atas. Setelah mengambilkira keputusan SPM ku, aku nekad tulis je "RB" dan ku catit ke Amerika Syarikat. RB bermaksud Rancangan Bersama atau program belajar ke luar negeri. Kalau tak dapat pun takpa. Memang aku tak menaruh harapanpun disebabkan keputusan ku tadi.
Pilihan kedua ku letak UIA dan ketiga ITM. Kedua-dua abang aku masuk ITM. Jadi aku sentimental sikit dengan ITM ni.
Setelah agak lama menunggu aku masih belum dilamar oleh mana-mana Universiti lagi. Kawan-kawan baik ku sudah disapa oleh UM, UTM dan lain-lain. Satu hari posmen datang membawa sepucuk surat bertulis "Urusan Seri Paduka Baginda". Ku buka dengan hati yang berdebar. Taipan komputer di atas surat itu tertulis aku dipanggil untuk temuramah bagi RB tadi. Getaran hatiku makin kencang apa nak ku goreng nanti.
Sampai harinya aku ke tempat temuramah tersebut. Ada dua orang ahli panel. Sorang tu dari JPA. Aku duduk di kerusi depan mereka. Soalan-soalan mereka dalam dua bahasa - Bahasa Malaysia dan Inggeris. Bila bab Bahasa Inggeris je otak ku berputar ligat cuba menjawab soalan yang diajukan. Mulut aku terkumat-kamit tanpa keluar kata-kata.
Si ahli panel tu tanya aku "Kamu buat apa tu, mulut kumat-kamit, bomohke??". Aku sengih dan segera menjawab soalannya. Sebenarnya dok kumat-kamit tu tengah dok terjemahkan bagaimana nak jawab dalam bahasa orang putih!!
Manteraku nampaknya menjadi kerana tak lama selepas tu aku terima satu surat "Urusan Seri Paduka Baginda" lagi memanggil aku untuk lapor diri di KPP/ITM Seksyen 2, Shah Alam.
Arwah bapa dan mak aku kembali ceria dengan aku. Nampaknya kekecewaan mereka sudah mula terubat itupun kalau aku lepas pengajian aku di bawah program MUCIA tu dulu di Shah Alam.
Aku musti buktikan kepada mereka yang aku akan ke luar negeri ....

3 Comments:
Karavan ni nampaknya banyak mengimbas laluan-laluan lama yang dikembarai... bagus gak... sekali-sekali minta karavan cerita perhentian terbaru la....
alamak dah diminta "back to the future" pulak. Baru nak nostalgia ...
he he he....
Post a Comment
<< Home