2 jam kebelakang
Waktu Malaysia adalah 2 jam lebih awal dari waktu di Bangladesh yang mempunyai jumlah penduduk seramai 144 juta orang. Negara yang bertutur Bahasa Bengali ini dulunya dipanggil Pakistan Timur dan sebelumnya bekas tanah takluk Empayar Britain. Bunyinya seakan Hindi dan Urdu.
Lapangan terbang Antarabangsa Zia adalah pintu masuk ke negara ini melalui perjalanan udara. Ianya agak moden walaupun nampak sempoi. Dari segi rekabentuknya, seakan Lapangan Terbang Subang.
Dhaka ibukotanya mempunyai 12 juta penduduk. Sudah separuh jumlah penduduk Malaysia. Sudah dapat dijangkakan kepadatan penduduknya dan kesesakan lalulintas. Polis traik di merata simpang. Masih kelihatan orang menarik barang termasuk jut dengan kereta sorong pantas menyusur jalanraya sepantas larian penariknya yang memakai kain sarong dan baju kemeja.
Lampu-lampu jalanannya nampak sungguh malap menandakan negara ini memerlukan sumber tenaga yang banyak. Mungkin TNB ada peluang melabur di sini. Teringat aku masa memandu menyusuri I-10 dulu ke El Paso. Lampu-lampu disebelah Amerika nampak terang saja. Tapi di sebelah Mexico hanya diterangi lampu yang malap.
Terfikir aku mungkin inilah imbasan Malaysia seketika dulu. Seperti pengembara masa pulak rasanya.
Rakyat Bangladesh peramah dan mesra bila bertutur. Perasaan hormat nampaknya masih menebal dalam hati budi mereka. Malaysia juga nampaknya disanjung tinggi oleh rata-rata rakyat di sini.
Aku rasa serba salah bila ditanya samada aku suka berada di Dhaka? Bagaimana nak jawab ni. Nanti tersinggung pulak kalau salah jawab. Soalan begini akan mengundang perbandingan dengan negara kita. Lantas, aku bilang "Saya senang di sini. Kamu semua sungguh mesra dan peramah. Saya rasa diterima dan tidak kekok."

2 Comments:
Cakapler, "I've only been here like three hours, how do you expect me to like your country? ...and I only get to see the airport, my bedroom and the meeting room."
Mau bergaduh dengan Bangla nih...
AKu pernah ke sana, seingat aku kagila depressing tempatnya..aku tak larat masuk ke pasar basah dia... aku gi sepital, sekolah dsb..
Aku bersyukur kerana kemudahan di negara ku jauh baik berbanding mereka.. namun bila ditanya, aku jua akan melindung yangs ebenar dari mereka...
Post a Comment
<< Home