Friday, June 24, 2005

Bonjour

Aku dibawa makan tengahari di sebuah restoran Itali di ibukota negara Belgium. Pelayan lelaki berbaju putih dan berseluar hitam membawa kami terus ke belakang restoran yang dulunya sebuah rumah ku kira dua atau tiga tingkat ini. Ku lihat beberapa meja dipenuhi oleh pelanggan yang asyik bercakap dan menikmati hidangan. Terasa hangat suhunya maklum sahaja sudah mula musim panas.

Kami ditempatkan di sebuah meja yang terlindung oleh cahaya matahari jadi tidak disinari oleh keperitannya. Pelayan membawa sepinggan asparagus untuk kami berempat. Tapi sayangnya diletakkan pula sehiris daging nipis yang mana kita dilarang menjamahnya. Yang menariknya pelayan tadi terus mengangkat hidangan asparagus itu tanpa banyak alasan ini setelah kami maklumkan akan 'limitation' kita. Memek mukanya penuh menggambarkan kenapalah dia membawa asparagus dengan cebisan daging itu. Dia datang kemudian dengan empat pinggan asparagus tanpa aksesori tadi dan memberi jaminan ini adalah hidangan yang baru (memang pun kami nampak dia membawa yang baru). Sambil itu dia meminta maaf di atas kesilapan tadi.

Asparagus tadi aku makan sedikit tapi rasanya memang aku tak boleh makan kerana tekak ku terasa loya. Maklumlah, aku ni kan "X-men". Selesai asparagus datang vongole yang kami tempah. Wah, sungguh lazat sampai licin aku makan. Tak pernah rasa vongole sebegini enak. Memang bagus ristorante ini!

Bila ditanya tentang menu untuk manisan. Kami bertanya tentang tiramisu. Dengan pantas, pelayan ini menjawab yang itu tidak boleh kerana mengandungi alkohol. Aku menyanjung integriti mamat ni. Sungguh profesional dan penuh etika. Malah berpengetahuan tentang halal haram permakanan orang Islam.

Selesai makan kami kembali ke hotel penginapan di Sheraton Brussels. Dalam perjalanan aku perhatikan dari segi arkitektur bangunan di Brussels ni agak membosankan terutamanya bangunan-bangunan moden. Semuanya bersegi empat berpetak dan sefesyen semuanya. Hanya bangunan-bangunan lama yang memberi sedikit seri.

Tapi yang pasti secara keseluruhannya bandaraya ini dipenuhi dengan taman-taman yang kehijauan. Aku difahamkan pokok-pokok ini ditanam semula selepas perang dunia kedua setelah semua pokok-pokok ranap akibat perang. Malah mengikut peraturannya, tidak ada satu batang pokok pun boleh disentuh tanpa mendapat kebenaran kerajaan tempatan.

Dari segi marganya, rata-rata penghuninya adalah rakyat kulit putih. Jarang nampak orang kulit hitam mundar-mandir. Wanita Islam nampak juga berjalan dengan keluarga mereka. Difahamkan ramai jugak rakyat Islam di Belgium ni yang rata-ratanya berasal dari Maghribi.

Teringat pulak aku satu scene cerita "Kingdom oh Heaven" dimana seorang paderi mengatakan tidak menjadi kesalahan untuk membunuh orang Islam (infidel). Bagaimana pula dengan mamat pelayan kat ristorante tadi. Aku pasti kalau paderinya berkata begitu sekarang dia setidak-tidaknya, tak akan bersetuju secara diam dengan "fatwa" itu.

5 Comments:

Blogger Ayah said...

Best ker cerita Kingdom of Heaven tu?

Aku rasa Brussels mempunyai ratio penduduk Islam antara yang tertinggi di Europe.

Kalau orang asing kat negara asing pon dapat memahami diet orang Islam, kita kat sini, orang Islam yang kenkadang lupa akan yang halal dan haram..tu yang selalu kena saman, hebuh pasal ayam taks embelih, ayam disimpan sekali dengan babi dan sebagainya.

Satu aku musykil, ayam-ayam kat kedai mamak ni sebenornya halal ke?

Anyway, time kasih atas cerita pengalaman karavan ke Brussels... rasa seperti di sana dah...

3:45 AM  
Blogger maklijah said...

Karavan makan asparagus? Woww...!!! Kena bagitau Aspalela Abdullah ni...

6:47 PM  
Blogger skalo said...

Wahai si Ayah, cerita Kingdom of Heaven tu mmg best! Ada satu kali dulu aku tak ingat tapi dah lama dah sekitar waktu maulud nabi NTV7 ada menayangkan cerita pasal Saladin aka Salahudin alAyubi ni. Cerita Mesir tak silap aku. Rasanya itulah kali pertama aku tengok cerita berkenaan peperangan sabil ni dari sudut kaca mata orang Islam. Yang lainnya cerita orang putih je ...

Betul Brussels mempunyai bilangan penduduk Islam yang tinggi di benua Eropah!

Cik Ria, asparagus is not for ME! Taugeh boleh la ...

8:02 PM  
Blogger Ayah said...

citer pasal belgium menarik..ada ke cerita pasal daerah hadramaut?

1:51 PM  
Blogger skalo said...

Hadramaut tak sampai lagi. Aisey tak de rezeki lagi.

9:57 PM  

Post a Comment

<< Home