Dhow
Panas sungguh suhu di bumi Doha pada masa ini. Sekitar 39C ke atas. Padanlah orang-orang Arab ni kurang aktif semasa cuaca terik. Bagi kita yang tak biasa, dikatakan mereka ni malas dan kuat tidur. Rupanya keadaan yang membentuk cara hidup mereka. Bila petang sikit je barulah muncul mereka ni. Malam suasana meriah kembali.
Doha ibu negeri Qatar. Asal namanya dari Dhow iaitu kapal kegunaan pelaut-pelaut Arab. Dhow-dhow inilah yang telah membawa pedagang-pedagang dan agama Islam ke rantau kita. Masih terdapat banyak lagi dhow-dhow tradisi kelihatan di pelabuhan Doha. Kapal-kapal layar moden tidak perlu cerita.
Hampir 80 peratus rakyatnya tinggal di Doha! Eskpatriat juga ramai. Mat salleh, Filipino, orang Indonesia, Sudan dan sebagainya. Orang Malaysia jugak ramai di Doha sekitar 1000 orang.
Rata-rata aku tengok orang-orang Qatar ni agak lembut sikit perwatakan mereka dari sepupu mereka di Mesir dan Arab Saudi. Mungkin juga aku silap kerana tidak lama di sana. Ini hanyalah pengamatan aku selama hampir seminggu di bumi yang menempatkan ibupejabat Al-Jazeera ini.
Hotel-hotel ternama mula membangun. Di mulai dengan Sheraton, sekarang sudah ada InterCon, Rits Carlton dan terbaru Four Seasons. Semuanya menghadap laut. Bangunan-bangunan baru pencakar langit juga rancak dibina menunjukkan ekonominya sedang berkembang pesat. Qatar katanya mempunyai simpanan gas terbesar di dunia sekarang ini. Aku juga diberitahu Qatar Airways mula merapatkan jurang dengan Emirates dari UAE. Di Le Bourget baru-baru ini, Qatar Airways membeli beberapa Airbus untuk menambah bilangan pesawat mereka.
Dari segi barangan nampaknya agak murah jika dibanding dengan negara-negara di rantau negara-negara Teluk ini.
Ada satu perkara yang menarik pada pandangan aku. Rakyatnya secara kasar terbahagi dua iaitu golongan moden dan konservatif. Boleh dilihat terutamanya wanita memakai pakaian moden, wanita dilitupi jubah hitam dan ada yang nampak mata sahaja. Tapi yang anehnya bila ke Mall, ku lihat wanita-wanita berjubah ini asyik melihat pakaian wanita yang agak moden dan seksi. Bukan hanya di satu butik sahaja dijual pakaian sebegini tapi di rata-rata kedai. Terfikir jugak apa yang dipakai di sebalik jubah mereka itu.
Kalau diamati, jika tidak ditangani dengan baik suatu masa mungkin berlaku pertembungan yang besar di antara dua golongan ini.
Satu lagi banyak sungguh bulatan di jalanraya sekitar Doha ini. Tidak terbilang bilangannya.
Hampa sedikit kerana tidak sempat ke souq! Mungkin di tika yang lain.

3 Comments:
Seronok aku membaca entry kali ini. waaa karavan dah lalu banyak tempat ye .. banyak ilmu aku dapat dari mengikuti kisah karavan... umpamanya tentang pakaian wanita di doha .. pandangan aku dibawah jubah hitam tiada apa apa pon...
semoga satu hari nanti aku dapat ikut karavan, kalau dia nak berdagang ke Kingdom of Heaven.
Oh...lepas ni karavan nak teruskan kembaranya ke Vientienne, ye..?
Vientianne lambat lagi bulan 7 nanti, InsyaAllah.
Mungkin ke Sanaa' dan ke Brunei dulu.
Tak pakai apa-apa???? Hmmm, jauh imaginasi kau wahai Ayah seperti satu 'mirage' di padang sahara ...
Post a Comment
<< Home