Saturday, July 02, 2005

Permainan Duniawi

Tidak ku sangka berkesempatan untuk menjadi tetamu kepada satu keluarga saudagar kaya dari UAE. Aku turut dijemput untuk makan tengahari di rumah beliau. Satu keluarga yang besar dan perniagaanya diasaskan oleh sektor pembinaan. Tapi kini sudah menjadi lebih besar meliputi juga hartanah dan syarikat telefon bersel.

Kami mulanya di bawa masuk ke satu kompaun yang mengandungi tak silap aku ada 6 vila. Aku diberitahu si bapa akan memberikan sebuah vila dan sebiji kereta setiap kali anaknya berkahwin. Kawanku bertanya kalau berminat boleh dia perkenalkan kepada anak dara tuan rumah ini. Aku cuma mampu tersenyum.

Kelihatan juga deretan kereta mewah milik penghuni kompaun ini ditempat letak kereta mereka yang padaku sepanjang 150 meter. Ada BMW 7 series, Mercedez, Range Rover dan lain-lain kereta yang aku pun tak sempat nak cam.

Kami dijemput ke satu bangunan rekreasi untuk keluarga ini yang lengkap dengan kolam renang, jacuzzi, gym dan ruang keluarga. Selesai minum teh dan bersembang kami dibawa ke rumah ketua keluarga yang teletak betul-betul didepan pintu pagar. Rumahnya cukup besar dihiasi kilauan lampu-lampu chandelier dan batuan marmar menghiasi lantai yangkami pijak.

Bilik airnya kalah sebuah bilik air di istana. Dapurnya sebesar-besarnya. Peti sejuknya dikatakan kita boleh tidur di dalamnya. Punyalah besar. Ruang tamu di rumah ini sebesar rumah yang aku sewa sekarang ni di Malaysia!! MasyaAllah, inilah kekayaan yang tak pernah aku tengok. Tak tefikir di benak hatiku bahawa seseorang boleh sekaya ini. Sungguh kerdil rasanya diriku.

Kami disajikan oleh makanan tradisional arab. Apa lagi kalau bukan nasi dengan kambing. 4 talam memenuhi meja kami setiap satunya diisi oleh seekor kambing! Jam menunjukkan sekitar 2 petang. Difahamkan orang Arab ni mereka makan agak lambat.

Yang menarik bagiku ialah layanan mereka. Sungguhpun tidak mengenali, layanan mereka sungguh baik sekali. Walaupun, ada pembantu, anak-anak dan tuan rumah sendiri yang melayan kami. Aku rasa ini akan aku praktikkan nanti. Terasa sangat keikhlasannya.

Lagi satu ialah suasana kekelurgaan yang harmoni. Anak-anak tuan rumah nampaknya mesra antara sesama mereka. Mereka juga bersolat asar berjemaah bersama. Alangkah bertuahnya kata isi hati ku. Tapi bisik rakan ku, mungkin bila orang tuanya sudah tiada lagi, tiada lagi persatuan. Harapnya tidak! Bagiku, keluarga adalah amat penting!! Harta hanyalah milik dunia.

Satu pengalaman yang amat bermakna bagi ku.

1 Comments:

Blogger Ayah said...

Selalunya orang menggangap manusia yang dilimpahi kurniaan tuhan dengan kekayaan selalunya kuat maksiat, gelojoh, serakah dan memacam keburukan....

Aku rasa kita sepatutnya ingin menjadi sangat kaya supaya boleh mendapat lebih peluang beramal ibadat, lebih masa sembahyang tanpa terkejar-kejar waktu, derma orang miskin, buat masjid, bina madrasah, sekolah agama, beli kitab=kitab, tolong anak yatim dan sebagainya...

Skalo kalau dipujuk jadi menantu ornag kaya tu, perlu la menimbangkan semasaknya sebab nanti boleh berpeluang beramal jariah dengan lebih banyak....

3:47 AM  

Post a Comment

<< Home