Puasa di Dubai
1 Ramadan di sini seperti hari biasa rasanya. Apa yang membezakan dengan hari lain ialah aku berpuasa. Tiada rasa semeriah di tanahair. Tiada bazar Ramadan untuk membeli juadah kegemaran seperti terubuk bakar, air soya dan onde-onde.
Habis waktu pejabat terus pulang ke rumah. Sementara menunggu waktu berbuka aku habiskan masa bersama anak-anak aku yang dah mula sesi persekolahan. Kerja rumah hari-hari dibekalkan oleh cikgu mereka.
Alhamdulillah nampaknya mereka tahun ini lebih kuat mungkin godaan makanan kurang di sini. Sungguhpun cuaca masih panas tapi mereka menempuhi hari pertama seperti biasa. Mungkin kerana bersahur.
Sehari sebelum puasa kebetulan aku ke Lulu Hypermarket. Aku nampak satu keluarga ni penuh tiga troli dibelinya barangan makanan. Satu mamat lagi penuh satu troli dengan laban yang seperti yogurt. Dari cerita teman-teman, ini perkara biasa di sini. Penduduk tempatan terutamanya akan membeli barangan dapur untuk disimpan sempena bulan puasa.
Tambah pemandu aku pula, penuh kenderaan dan manusia di kawasan Deira keluar membeli belah. Tidaklah pula aku tahu samada orang Malaya pun buat benda yang sama
Yang pasti orang Malaya ini tak adalah. Hanya beli tepung gandum saja!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home