Menara Dubai
Siapa tidak kenal akan Burj Dubai. Bangunan tertinggi di dunia buat masa ini. Bangunan yang diilhamkan dari bunga padang pasir yang aku belum tahu namanya sudah tersergam melebihi 680 meter. Bentuknya besar di bawah dan makin mengurus di atas. Arkiteknya dari Amerika merupakan arkitek untuk Sears Tower di Chicago dan Empire State Building.
Pembina utama ialah Samsung Construction Corporation yang berkongsi dengan syarikat tempatan Arabtec dan Besix dari Belgium. Setiap hari lebih 8600 pekerja bertungkus-lumus bekerja. Lebih 40 warganegara yang terlibat dalam pembinaan Menara Dubai ni (Burj dalam Bahasa Arab maksudnya Menara).
Bangga juga aku bila melihat di papan "Boardroom" pejabat Samsung ini kelihatan terserlah Menara Berkembar Petronas duduk setanding dengan pencakar langit lain. Walaupun kedudukannya sekarang sudah agak ketinggalan dari segi ketinggian namun keunikan masih utuh kerana sudah mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Kebetulan dapat juga bertemu dengan orang yang bertanggungjawab menyelia dan mengurus pembinaan Burj Dubai ini. Jurutera dari Korea Selatan ini juga turut terlibat semasa pembinaan Menara 2 KLCC. Malah, beliau masih ingat mengucapkan "terima kasih" kepada aku selepas aku mengucap "Khamsa Hamida" kepada dia di akhir acara di Jumeirah Beach Hotel.
Teruja aku dengan keunikan dan kebesaran skala pembinaan Burj Dubai ini yang akan menari ke kiri dan ke kanan sekitar 125 cm apabila angin bertiup kencang. Melihat kepakaran jurutera dari Korea Selatan tidak dapat dipadam kebanggaan di raut muka kawan aku dari negara tersebut.
Begitupun, sedikit sebanyak aku juga terasa bangga dengan pengalaman rakyat Malaysia yang terlibat semasa pembinaan KLCC dahulu. Malah, ada daripada mereka melebarkan sayap mereka mencari rezeki di bumi UAE ini. Ada juga yang terlibat dengan Burj Dubai ini.

4 Comments:
weh.. KLCC masih menara berkembar tertinggi di dunia.. berkembar bukan satu... tapi dua, berkembar...
mr jeelus ... pencapaian duniawi itu jangan la didabik-dabik... kelak diakhirat nanti ditanyakan pandailah anda menjawab... ingat la kisah menara Babel gitu..
ps apa nama mr jeelus tu... bangsa mana?
patriot selatan:
Bukan nak dabik-dabik cuma berkongsi pengalaman.
Namakau macam peluru berpandu pulak.
Mr. Jeelus:
Kena jawab tu soalan patriot selatan pasal nama dan bangsa.
Apa ada pada nama... we are from the land of the Jebelus...
Post a Comment
<< Home