37 40 50
Nombor di atas sering menjadi perhatian di Dubai sekarang. Bukan nombor untuk Toto atau Magnum. Tapi ianya menandakan suhu yang saban hari melandai Dubai sejak beberapa bulan lalu. Panasnya musim panas di Dubai ini.
Pada kebiasaanya, ramai penduduk Dubai yang terdiri dari espaktriat negara Barat akan sekeluarga pulang ke kampung atau bercuti di tempat yang lebih dingin. Tidak kurang juga yang melawat Asia Tenggara termasuk Malaysia. Orang Malaysia yang bekerja di sini pun ramai juga yang balik Malaya. Aku sekeluarga je yang terpaksa memberanikan diri melawan haba dan bahang panas di UAE ini.
Kalau dibandingkan dengan musim panas di Tucson semasa aku belajar dahulu rasanya ia tidak sebahang di Dubai ini. Di Tucson musim panasnya agak dingin. Tapi di sini sama malamnya hanya sejuk sedikit sahaja dari siang hari.
Jadi kenalah kurangkan berada di bawah matahari. Tidak susah sebenarnya kecuali terjemur sedikit waktu keluar kereta untuk ke pejabat atau rumah sahaja. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri keadaannya lebih teruklah. Tiada tempat untuk berteduh bila berjalan di kaki lima dan juga menunggu bas di tempat menunggu bas biasa (di sini ada tempat menunggu bas berhawa dingin tapi banyak yang belum siap). Terpegun juga melihat mereka ini berjalan di tengah panas terik. Bagi mereka nombor di atas tiada maknanya kerana terpaksa menempuh keperitan si Matahari.

5 Comments:
Sampai 50? Mak ai.. panasnya.. dulu kalau aku mengeluh panas, mak aku jawab, kat padang mashyar nanti matahri sejengkal kat atas kepala.. aku pon diam pi jugak ke kedai beli belacam ke bawang ke yang dia suruh tu...
Ayah:
Padang Mashyar nanti kau kali je 50C tu dengan infiniti ....

Mak ai sampai dua kali... musti kepanasan yang etramat amat tingginya...
he he he ... entah mcm mana keluor dua kali pulak. Rasanya tekan sekali je.
Post a Comment
<< Home