Maandi
Antara perkara pertama yang bermain dalam kepala aku bila diberitahu bawa aku akan ditugaskan ke Dubai ialah kena cari nasi arab aka nasi maandi. Seingat aku kali pertama aku makan nasi arab ni di Jeddah.
Kali kedua, ialah semasa melawat Kaherah. Pada hemat aku, nasi maandi di Kaherah ni yang palin sedap aku makan. Mungkin kerana lapar maklumlah waktu tu bulan Ramadan. Di tambah pula baru tiba dari Sharm el Sheikh. Hanya sempat sahur sahaja ... tu pun licin aku bedal dengan member delegasi yang lain.
Kali ketiga, di Yemen sendiri tempat asalnya nasi maandi ni. Tapi tidak seenak maandi di Kaherah.
Di Dubai ni katanya maandi yang paling sedap ialah di sebuah restoran di Deira bernama Al-Tawasul. Setelah menjamah maandi yang pertama di Dubai di restoran Bait al-maandi, aku kira memang maandi di Al-Tawasul ni yang paling enak. Cuma spoilnya di restoran ni, mejanya tak banyak. Meja yang elok kat belakang tapi kawasan tu dikhaskan untuk famili.
Aku selalu datang dengan balak je. Mana boleh pi belakang. Marah pulok minah-minah arab tu. Entah betul ke tidak. Mungkin yang cemburunya pak-pak arab sebenarnya.
Kalau yang nak merasa bersila makan stail arab dalam talam, restoran ni ada satu kawasan besar le jugak untuk jadi pak arab sekejap. Aku lebih suka makan kat meja. Nasi maandi dia ni datang dalam talam samada kita mahu "lamb" atau ayam. Biasanya satu talam tu 2 atau 3 orang boleh makan. Perut melayu kalau habis satu talam tu rasa macam nak pecah je!
Aku diceritakan bahawa tempat ni selalu juga VIP dan selebriti Malaysia datang makan. Tapi setakat ni tak pernah jumpa pun. Siapa yang nak merasa silalah jalan-jalan cari makan di al-tawasul ni.

5 Comments:
saya tak pernah makan nasi mandi ni... sedap ke? errr lepas makan nasi tu kena mandi ke?
Saya tak kenan sangat makan Arab ni... sebab pernah cuba dulu, tak ada kuah.......
Ayah/Mat Stapa:
Nasi Maandi ni memang tak berkuah. Mungkin macam sushi/sashimi jugak. Mula-mula tak suka. Tapi lama-lama gian kalau tak makan.
What are your interest in that part of the world?
Chiru:
Kerjalah ....
Post a Comment
<< Home