Sunday, August 03, 2008

TQM

"Bagaimana perkhidmatan saya? Bagus dan mesra kan" tanya seorang pegawai tempatan setelah selesai beliau memberi perkhidmatan belaiu kepada kenalan ku. Rakan ku hanya mampu tersenyum sahaja tanpa memberi sebarang komen.

Jarang juga mendapat servis yang baik di sini baik dengan orang tempatan atau eskpatriat yang rata-rata dari India. Mungkin sistem kita dan cara mereka berbeza. Jadi apabila mendapat servis yang bagus dan mesra sebegitu sampai tidak terkata dan terpaku sahaja.

Bagaimana pulak pandangan orang asing dengan mutu perkhidmatan pegawai kerajaan mahupun swasta di Malaysia? Kerajaan pun kekadang puji kekadang kata tak bagus. Jadi yang mana satu betul tu? Mungkin ikut suasana dan masa komennya ....

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya rasa kalau banding kaunter service kerajaan dengan swasta, kerajaan paling banyak improved dari swasta... saya rasa banyak khidmat swasta seperti di bank improvement dari pengunaan ICT sahaja... walhal kerajjan terdapat penambahan dari segi sumber manusia, proses kerja dan pengunaan ICT sekaligus...

12:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya tiada lain untuk dikata selain menyetujui pendapat Ayah.

Sayang perkhidmatan kerajaan sentiasa terdedah untuk dikondem oleh orang awam sedangkan perkhidmatan di sektor swasta is not that great.

6:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ayah/Mak Lijah:
Kenapa begitu ya?? Sebab orang ramai rasa mereka bayar cukai gamaknya. Kalau kat bank hairan juga tak marah - marah walaupun duit sendiri dalam bank tu.

9:08 PM  

Post a Comment

<< Home