Tuesday, May 20, 2008

Panggilan Pulau

23 Mei 2008 - satu tarikh keramat buat NEGARAKU kelak. Hanya 3 hari lagi bakal menentukan samada kita akan kehilangan sesuatu yang berharga buat nusa dan bangsa. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya???

31 Ogos 1957 - juga tarikh keramat di mana kita mendapat kemerdekaan dari British. Adik ipar aku cakap kawan British dia bilang Malaya tidak pernah dijajah oleh mereka. Kita hanya di"protect" oleh bangsa orang putih itu.

Aku pernah tanya kawan Ethiopia aku "Bila tarikh kemerdekaan kamu?" Jawabnya tenang "Tak ada". Sambungnya lagi negara dia tak pernah dijajah sambil tersengih melihat aku tercenggang. Seingat aku pernah juga Itali berkuasa di sana. Tapi itu mungkin sejarah yang ditulis oleh orang Barat. Dan bukan sejarahnya.

31 Ogos 2007 cukup setengah abad Malaysia merdeka. Aku turut bersama di Dataran Merdeka terlibat dalam sambutan gemilang tersebut. Negaraku berkumandang dan tergenang airmata. Lagu "Malaysia Gemilang" juga sayu kedengaran.

23 Mei ini, mudah-mudahan kita akan beroleh kejayaan sepertinya barisan kata-kata lagu "Malaysia Berjaya". Saat bermunajat kepada Ilahi sempat juga tergenang airmata beberapa kali. Tidak rela rasanya bumi keramat ini dirampas orang!! Semoga nyanyian TLDM " ... dari Barat sampai ke Timur, itulah pantai Malaysia" turut meliputi Pulau Batu Putih dan bukannya Pedra Blanca!!

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

aku nak pulau besar sikit....

1:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

u can pray... but I think your God say u must put effort.. hope you get your wishes...

2:13 AM  
Anonymous Anonymous said...

LKY:
Wah, LKY baca blog ni Kira bagus tu. Pulau besar yang mana pulak! Ahak!!

Kr Wiez:
Agreed. Of course we pray after we have made all the efforts.

11:19 AM  
Blogger Ayah said...

SEMBOYAN ANGKATAN LAUT KITA DI SAMUDERA RAYA...........

7:22 PM  

Post a Comment

<< Home