Friday, April 25, 2008

Bukan Kera la


Si pencari rezeki ini kemungkinan besar dari Kerala. Di Dubai sering aku diceritakan bahawa Kerala adalah emiriah ke lapan UAE.

Ramai pekerja India di sini yang aku tanya hampir semua menjawab asal mereka dari Kerala. Jadi tidak salah juga komen yang mengatakan Kerala ni salah satu dari Emiriah UAE. Hanya dua tiga orang saja yang cakap saya dari Bangalore atau Mumbai!

Di UAE ni ada 1.2 juta rakyat India. Berapa dari Kerala aku tak tahulah. Yang pastinya ramai. Bukan saja mamat Kerala ni cerita dia dari sana tapi pakcik dia dan saudara mara dia pun ada kat sini. Tu tak masuk kawan dia lagi dan kawannya kawan dia.

Mengikut census terbaru yang dikeluarkan oleh Kerajaan UAE, bilangan penduduk UAE sekarang adalah sebanyak 4.1 juta orang dan rakyat tempatan hanyalah 20% sahaja daripada jumlah tu. 800,000 je!! Yang lain tu semuanya rakyat asing. Manalah tak takut pak Arab ni semua. Malah bahasa utama di sini ialah Urdu/Hindi diikuti oleh Bahasa Inggeris.

Baru-baru ni mereka buat seminar mengenai identiti kebangsaan mereka. Siap ada arahan menu mesti kena ada Bahasa Arab sebab ada rakyat dia yang tak faham Bahasa Inggeris. Bila pegi restoran tak pandai nak pesan makanan. Kesian mereka ni, benda ni semua berlaku kat negeri sendiri tu! Ada cadangan sampai suruh kahwin dan beranak ramai-ramai. Ingat arnab ke sekali beranak ramai anak.

Ada juga cadangan supaya warga asing dari sesebuah negara tidak harus melebihi 20,000. Pada aku sama je, 20,000 ke kalau dikali dengan banyak negara akhirnya jadi 3 juta lebih juga.

Dubai ni aku rasa mana boleh hidup tanpa rakyat asing sebab memang kekurangan pekerja samada yang mempunyai skill ataupun golongan profesional. Bukan itu sahaja, simen tak ada, besi tak ada. Macam mana nak bina Dubai World nanti yang nak kalahkan Burj Dubai tu.

Apapun perkara ini buat aku termenung juga. Macam mana agaknya bila kat Malaysia nanti kita tak jumpa Bahasa Malaysia dalam menu atau papan papan tanda?? Atau pun lebih dramatik bila Shah Rukh Khan tanya kat kau "Bolo Hindi??"!!!

9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

apa la nak jadik kepada Malaysia nanti...

7:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Wahai Ayah, itu kita semua kena tentukan ... mana pilihan dan arahtujunya.

2:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

Abang.............

3:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

I like Dubai... but there are too many foreigners...

9:13 PM  
Anonymous Anonymous said...

i thin the presence of foreigners gives Dubai an international appeal...

6:07 PM  
Blogger Ayah said...

En. Skalo .... kat Dubai ada tempat nak buat piknik barbecue ke?

4:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

mislamah amudjen:
Abang mana pulak ni?

nabluun/kr wiez:
Dubai has to decide on that. Foreigners have been contributing to the development of Dubai. At the same time, the local interests have to be met as well. Thus, a balance has to be struck in the middle.

ayah:
Barbeku boleh sakan. Kat pantai, kat park ataupun kat laman rumah je. Terpulang minat masing-masing. Kau tak barbeku ke? Ke kau sedah beku?

10:35 AM  
Blogger Ayah said...

en skalo.. kalau buat barbecue tu kena cicah barbecue sauce ke? Brand apa Heinz ka?

7:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

Yang amatur pakai le sos barbecue. Yang terer dia buat sendiri he he he.

9:36 PM  

Post a Comment

<< Home