Thursday, June 05, 2008

Naik Minyak

Harga minyak di tanahair naik lagi. Dan orang ramai pun "naik minyak" lagi. Aku terus-terang tidaklah "naik minyak" sangat. Mungkin sebab sudah menjangkakan ianya akan naik lagi.

Pakar ekonomi ada juga yang mengatakan ianya baik untuk kewangan kerajaan kerana kenaikan minyak bermakna pengurangan subsidi. Seterusnya pengurangan defisit perbelanjaan kerajaan. Che Det kata kerajaan nak "please" IMF dan Bank Dunia.

Pada masa yang sama kerajaan juga ada bagi rebat terus kepada pengguna motorsikal dan kereta 2000cc ke bawah. Sememangnya tidak cukup rebat tersebut. Jadi ada yang mencadangkan kenapa tak kurangkan perbelanjaan lain yang di anggap membazir. Tidak kurang juga mencadangkan keuntungan yang diterima Petronas masih boleh menampung subsidi minyak tersebut. Kita masih pengekspot minyak secara net mungkin sehingga 2013 katanya.

India juga hari ni menaikkan harga minyak. Indonesia beberapa minggu yang lalu. Tidak adakah cara lain? Dari segi USD, minyak di Malaysia ialah USD0.87 per liter. Manakala, di Indonesia USD0.72 dan Thailand USD1.72.

Di Dubai USD0.40 ke gitu. Masih murah minyak di sini. Tapi barang-barang lain mahal kalau di banding dengan Malaysia.

Profesor aku dulu ada sebut samada kamu kurangkan subsidi sekarang secara sedikit demi sedikit atau tangguhkan sampai satu masa terpaksa hapuskan subsidi dengan amaun yang besar. Jadi mahu dengar pakar ekonomi atau pakar sosial?

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

whats this about the reclamation between south ledge and middle rocks...

12:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

wiez ... thats just talk, but some ppl are doing it to our southern borders already

5:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

brader... masih naik minyak lagi ka? turun sikit la nanti jadi orang minyak baru tau...

10:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

agaknya semenjak harga minyak naik ni, karavan pewai dah kot, tak jalan-jalan....

12:01 AM  
Blogger Ayah said...

minyak minyak minyak... orang dah naik minyak... aku kalau geram sangat, curah minyak je kat opis ni...

7:23 PM  

Post a Comment

<< Home