Friday, November 21, 2008

Rintik

Aku terjaga dari beradu. Mata masih meraba melihat sekeliling manakala telinga cuba mendengar apa bunyinya yang mengejutkan aku dari tidur. "Tik, tik tik" bunyinya. Macam pernah aku dengar bunyi sebegini.

Tapi dek kerana di luar sana masih gelap dan mata bionik aku di meja, tiadalah dapat aku mengunakan deria penglihatan aku. Jadi aku tajamkan telinga aku. Berdetik juga lamanya aku cuba meneka. Hujan kah itu? Maklumlah sudah hampir 9 bulan tiada hujan di Dubai. Cuma kekadang hujan melanda tak sampai 5 minit.

Tapi kali ini terasa pula macam di tanahair. Segar deria pendengaran aku menikmati suasana tersebut.

Hati terasa lapang waktu perjalanan ke pejabat. Tapi semua kenderaan nampak amat comot sekali bila air bertemu debu halus padang pasir.

9 Comments:

Blogger Ayah said...

waaa nikmat tuhan dah turun... sedap sambung tido bila memalam hujan....

9:41 PM  
Blogger Semut Api said...

adakah nostalgia hujan mengembirakan saudara? Di tanah air terutamanya di amsa-masa begini, bunyi rintik hujan amat ditakuti.. takut kena pindah ke balai raya..

2:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

tambah nikmat jika dengar bunyi hujan bertemu dengan atap zink, sambil tu tarik selimut....

2:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

apatah lagi kalau sebaik selesai solat subuh, terbau bau kopi kampung dan ubi rebus... duduk di beranda.. melihat rintikan hujan menerjah tanah...

12:25 AM  
Blogger skalo said...

Ubikayu pun ada kat Dubai ni. Tapi rumah saya bukan atap zink la ha ha ha ...

6:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

oh ya kemah badwi musti beratapkan kulit unta..

11:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya suka ubikayu goreng, cicah sambal ikan bilis....

6:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya cuka ubikayu goreng, cicah sambal ikan bilis....

6:44 PM  
Blogger Ayah said...

seap1 dengan anzap ni macam wisma je...

2:11 AM  

Post a Comment

<< Home