Hujan Batu
Baru nak nyenyak aku dengar lain macam sahaja bunyi rintik hujan kali ini. Jenguk keluar nampak bebola air yang turun nampak lebih pejal macam buah sagu (org Kelate tahu la ni). Cantik juga aku lihat. Penuh laman aku dilitupi butiran putih di selang seli dengan warna hijau rumput.
Waktu kecil dulu pernah juga hujan batu turun. Bunyinya kuat juga maklumlah atap bata keping dan setengahnya zink. Tapi tak pernah pulak aku tengok sebab selalunya belah malam atau awal pagi turunnya. Tak sangka pulak di Dubai pun ada hujan batu.
Jadi terbaliklah pepatah melayu kita yakni "Hujan Batu di negeri Orang, Hujan emas di negeri sendiri!!".

0 Comments:
Post a Comment
<< Home