Curut
Saya nak ke "Duty Free" sekejap kata tetamu aku sambil beliau berjalan untuk meninggalkan "lounge" Kelas Pertama Emirates Airlines. Aku yang baru selesai solat Subuh pun mengikut dari belakang.
"Kat mana kedai curut?" tanya beliau. "Sana" jawab aku ringkas sambil menunjuk dengan jari hantu yang kemudiannya ditukar dengan ibu jari. Maka, berjalanlah kami di sana sambil mengelak penumpang-penumpang lain yang lalu lalang di lantai berkenaan. Aku memang cukup serabut dengan lantai "Duty Free" di Terminal 3 ini. Terminal yang baru dibuka bulan September lalu ini hanya untuk kegunaan Emirates Airlines sahaja.
Di Terminal ini jugalah boleh kelihatan dua pesawat gergasi A380 milik Emirates Airilines bertenggek di 2 jambatan udara khas.
"Berapa harga sekotak Davidoff ini" tanya tetamu aku kepada pelayan kedai dari India berkenaan. "200 dolars" jawab pelayan itu. "Oh kalau di Malaysia RM1800 ni. Separuh lagi murah dari di KLIA" sambut tetamu aku kegembiraan.
Sekembali ke lounge kelas pertama Emirates aku duduk di sofa sambil meminta pelayan dari Cebu membawa air mineral. "Still not sparkling" minta aku ala ala James Bond. "Saya hisap curut ni bila sorang-sorang. Kena sembunyi" cerita tetamu aku.
"Sembunyi? Kenapa? Isteri marah ke?? Tanya aku ingin tahu. "Tak. Nanti orang tengok. Susah jadi orang politik ni" terang beliau.
Susah juga jadi orang politik ni. Nak hisap curut pun orang boleh pandang serong dek kerana dulu hisap rokok.

4 Comments:
hisap curut membawa seribu makna...
TAKSUKACURUT
Aku tak hisap curut TAKSUKACURUT.
boh.. gapo curut curut nih..
jangan jadi curut Clinton dah... :)
Post a Comment
<< Home