Pang Yau
"I am arriving on 17 July 2009 at 6.45pm via EK***", kata kawan aku yang sekarang bermastautin di London. Gao ini asalnya dari China dan pernah menuntut dengan aku di Singapura selama setahun.
Tidak beberapa lama selepas kami tamat pengajian di Singapura beliau telah dihantar bertugas ke UK. Bila ketahui aku berada di Dubai, dia ada menyatakan hasrat untuk melawat Dubai. Bulan Mei lalu, beliau hubungi aku untuk bertanya samada aku akan berada di Dubai pada bulan Julai. Aku jawab "Akhir bulan 7 aku ada di Dubai".
Pesawat beliau naiki tiba lewat 30 minit. Aku terus ke pejabat untuk melihat emel berkenaan jadual penerbangannya. Belum sempat aku membuka emel, beliau menghubungi aku melalui telefon mudah alih seseorang dari lapangan terbang. "Kamu di pintu berapa?" tanya aku. Kedengaran dia bertanya kepada tuanpunya telefon tersebut "Ini pintu 3 ya?".
Memang Gao ni sangat "resourceful" orangnya. Sewaktu dia datang ke Malaysia dari Singapura seketika dulu, dia meminjam telefon seorang penumpang KLIA Transit untuk meminta aku mengambilnya di stesen ERL Putrajaya.
Setelah dibawa berjalan ke Abu Dhabi dan Dubai dia memberi komen bahawa pembangunan di UAE ini sangat hebat. Bagaimana padang pasir boleh menjadi hijau dan dipenuhi pencakar langit sambungnya lagi. Hanya satu jawapannya kata beliau. Aku tanya apakah rahsianya?
Dia berkata "Duit boleh menukarkan dunia!" sambil menoleh keluar tingkap Explorer aku. Aku sangat setuju dengan analisa beliau. Dalam hati aku berkata Gao ini membaca Gila-Gila agaknya.
Analisanya sama seperti kata hikmat Profesor Serba Tau! Kata PST "Ada Duit Semua Boleh Jadi". Hebat!!

1 Comments:
Alan Tam ke yang datang tu?
Post a Comment
<< Home