Tak Kenal bukan bererti tak cinta
Perkuburan Bani Yas terletak tidak jauh dari Litar F1 Abu Dhabi. Tidak jauh juga dari Hospital Mafraq, sebuah hospital kerajaan Abu Dhabi yang terletak di tengah-tengah padang pasir.
Suasana di rumah mayat hospital agak sunyi. Hanya beberapa petugas yang bekerja. Pintu utamanya dibuka luas memberi ruang udara panas dari luar masuk. Ruang simpanan mayat agak kecil terletak bersebelahan tempat untuk mandikan jenazah. Di seberangnya adalah ruangan petugas dan kami duduk di ruang menunggu di tengah-tengah bangunan.
Beberapa keluarga teman aku keturunan Arab dari Abu Dhabi tiba untuk menolong urusan jenazah. Asal mereka semuanya dari Hadramaut, Yemen. Sebahagian dari mereka sudah menjadi warga UAE.
Setiba di masjid di tanah perkuburan Bani Yas kelihatan makin ramai keluarga teman aku tadi. Semuanya asal Hadramaut. Selesai solat jenazah, mereka ini yang mengambil alih kerja menurunkan jenazah ke liang lahad, menutupnya (tanpa keranda kerana tanahnya keras berbatu batan hingga pengali kubur mengunakan alat pemecah batu), membaca yasin dan doa smabil ditemani perit bahang kepanasan padang pasir.
Dari yang muda hingga yang berumur datang menziarah. Ada yang sembahyang sambil duduk atas kerusi. Kuat sungguh perasaan kekeluargaan mereka ini. Aku bertanya "AXX, kenal ke semua ni??". "Tak" jawab beliau ringkas.
Dapat aku rasakan bahawa teman aku merasa betapa ringgannya beban tanggungjawab beliau. Berada di negara asing hanya ditemani adik dan kami. Ibu dan saudara-mara lain berada di Malaysia. Paling tidak bila pulang ke pangkuan ibu, mudah menceritakan semua urusan berjalan lancar.

4 Comments:
yang pokok dari aceh tu dahs emak dah?
Ayah
nama AXX tu macam nama hero katun jepun...
seringkali dalam keadaan sebegini, bebanan seakan dipermudahkan kerana masing2 memahami keadaan... persengketaan masa lalu mudah dilupakan.. kerana ianya mengingatkan kita betapa dekatnya kita dengan kematian...
tuan skalo.. aku cinta pada mu
Post a Comment
<< Home