Sunday, July 03, 2005

30,000 kaki di awan biru

"Fly Emirates", kata keramat bagi syarikat penerbangan dari UAE. Perkataan ini bukanlah satu yang asing kepada peminat bolasepak terutamanya peminat Liga Perdana Inggeris (EPL). Malah, penaja utama Chelsea juara EPL musim ini ialah Emirates yang beribupejabat di Dubai.

Mengikut cerita yang aku dengar, syarikat ini lahir dari serpihan Gulf Air iaitu kumpulan syarikat-syarikat penerbangan dari Bahrain, UAE dan Qatar. Walaupun, Gulf Air masih ada dan beroperasi dari Manama, Emirates dan Qatar Air telah membawa hala tuju masing-masing.

Aku sudah beberapa kali berkesempatan menjadi penumpang Emirates. Secara keseluruhannya, aku berpuashati dengan perkhidmatannya. Makanannya bagus tapi dalam kategori makanan yang dihidangkan di angkasaraya. Layanan anak-anak kapalnya juga memuaskan. Mereka ini terdiri dari pelbagai bangsa dan agama; dari benua Eropah ke benua Asia; dan pelbagai warna kulit.

Baru-baru ini, ketika melangkah kaki ke dalam pesawat EK 962 dari Dubai ke Singapura, aku disapa dengan lembut dan senyuman oleh seorang pramugari. "Dari Malaysia?", tanya beliau. Sambil tersenyum aku jawab "ia". Sekali pandang ku lihat beliau ini irasnya orang Arab tapi rupanya dari PJ. Nak borak lagi ada pulak oramg yang nak masuk!!

Pada pandangan aku, Emirates ni memang global terutamanya dari segi warga kerjanya. Dengan sumber kewangan yang kukuh, promosi yang agresif, perkhidmatan yang baik dan pesawat yang baru, sudah tentu Emirates akan menjadi pesaing yang hebat kepada syarikat penerbangan lain termasuk MAS.

Tapi satu kenangan menarik ialah semasa aku mahu mencuba 'cologne' di bilik air EK 962 ini, ku dapati kedua botol yang disediakan dikunci dalam satu kotak lutcahaya plastik. Untuk menggunakannya, kita perlu menekan alat penyemburnya dan menyapu wangian ini. Sungguh kekok.

Fikirku, ada juga mereka yang mahu menjadikan botol wangian ini sebagai cenderamata. Sungguhpun, Emirates menawarkan perkhidmatan yang bertaraf dunia, rupanya penumpangnya ada juga yang tidak setaraf dengannya. Lantas, aku keluar tanpa mencuba wangian tersebut.

6 Comments:

Blogger Ayah said...

Siapa yang menggangu tu? Ish tak lain si Botak agaknya... Minah PJ keturunan Arab...waaaaaaa... semakin menarik perjalanan karavan....

3:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tadi baru aje bercerita dengan Mak Lijah mengenai seorang jutawan di Malaysia ini yang sedang merancang melaksanakan konsep yang sama untuk keluarganya. Dibelinya sekeping tanah di mana setiap anak (ada 6 orang anak) akan diberikan sebuah banglo di atas tanah tersebut. Turut di dalam perancangan ialah pembinaan swimming pool and other common facilities yang akan dikongsi secara bersama dan akan dibina di tengah-tengah "kompleks" keluarga ini. Bestkan kalau ada duit banyak macam ni? Seronok dapat berkampung sekeluarga. Penting dan bagus untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Mengenai kereta pulak, salah sebuah kereta yang dipandu oleh jutawan tersebut ialah Porsche Boxster (ke Ferrari) yang harganya boleh beli more than 3 biji rumah yang I duduki sekarang. Some people have all the luck....

12:50 PM  
Blogger Ayah said...

aku tak semena-mena teringain ke indocina bagaimana kehidupan di sana agaknya? Hummm jenuh memikirkannya....

5:29 AM  
Blogger maklijah said...

masih 30,000 kaki lagi? bila nak naik-naik ni?

5:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

belum nyampai-nyampainya lagi kita Labuu?.........ish ish ish...

4:38 AM  
Blogger skalo said...

Ramainya anonymous ... orang sam ke berlainan ni

1:05 PM  

Post a Comment

<< Home